watching Thomas Cup with Mr.K’s style..

Jumaat selepas kerja dah berjanji dengan Mr.K nak menyaksikan Thomas Cup, Malaysia vs China dengan Mr.K. Tempat yang dia pilih, S’Mores di The Sphere, Bangsar South.

Sampai memang awal. Dalam pukul 6 petang. Memang bajet nak lepak situ tengok Thomas Cup sambil dinner skali.

.

Menu tak berapa banyak hidangan. Bikin saya pusing nak pilih apa untuk dinner. Semuanya Western Food. Tekak pulak tak terasa nak makan apa. Susahnya..

.

Disebabkan saya tak tahu nak makan apa, Mr.K order Chicken Kebab Japanese Style as a starter. Dalam gambar tu ada 2 cucuk, tapi sebenarnya ada 3 kesemuanya. Mr.K cepat-cepat ambil secucuk sebab tak sanggup nak menunggukan saya snap gambar dulu.

Namapun Japanese style. Kebab dia pun diselang-selikan dengan leek, dan ayam bahagian thigh. Dihidangkan dengan sos soya Jepun. Takdelah sesedap Kebab biasa. Tapi saya telan jugak sampai habis. DBKL, kan?

.

Tapi, main course Mr.K memang sumpah sedap gila! Salmon Steak. Sila tengok gambar. Betapa tinggi timbunan salad segar, salmon dia pulak cepotet kecil je atas tu. Cepotet tu jugaklah yang paling sedap! Juicy and very tender. Tak hanyir. Kalau saya makan kat Chili’s, pun masih terasa hanyir.

Salmon dia just nice. Crunchy. Ya ampun, tengah tulis entry ni pun boleh terasa meleleh air liur. Mashed potato tu mulanya saya tengok agak pelik. Sebab warna hijau. Bila masuk dalam mulut…sodapppppp!! Suap lagi, sambil teka-teka apa ke benda yang membuatkan mashed potato tu jadik warna hijau.

Rupanya, green peas! Gagagaga.. sedap sedap sedap!!

.

Yang ni saya punya main course. S’mores Chicken. Elok je saya order S’mores Chicken, Salmon Steak sampai. Maka, Salmon Steak itu boleh saya tibai sekaki. By the time hidangan saya sampai, Mr.K dah kenyang dan saya dapat makan semuanya seorang diri😉

Ayam itu adalah di-grilled. Juga bahagian thigh. Macham Salmon Steak jugak, ayam itu adalah sangat tender and juicy.

.

Suka cara tomato ceri ni dihidangkan. Nak makanpun sayang. Mashed potato saya ni tak dilenyek dengan green peas. Tapi rasa dia masih lagi sedap. So rich and creamy! Kalau sebelum ni saya paling suka mashed potato di Chili’s, sekarang, mashed potato di S’mores juga menjadi kesukaan saya.

.

Ini ayam yang dimaksudkan. Nampak yang hitam-hitam tu? Itu bukannya sum-sum tulang ayam ni, tahu? Tapi cendawan!!! Kiranya, cendawan ni di-sauteed dulu dan kemudiannya disumbat ke dalam ayam.

Dah habis makan tu, barulah game Malaysia vs China mula. yang mendukacitakan, masa tu jugaklah Mr.K urgently kena balik semula ke pejabat. Agak sakit jiwalah jugak saya sebab tengah syok tengok Lin Dan lawan Chong Wei tiba-tiba kena balik.

Saya cuba berlagak biasa, taknak nampak saya kecewa. Tapi Mr.K perasan riak muka saya dah berubah. Dia cadangkan saya pergi beli groceries dulu di Carrefour sementara dia balik ke pejabat sekejap. Saya taknak. Dia cadangkan saya jalan-jalan di Mid Valley dulu sementara dia balik ke pejabat sekejap. Saya taknak. Saya cakap, saya nak balik.

“I’ll buy you Baskin-Robins.”

Tu nak pujuklah tu. Sogokannya itu tak mampu saya tolak.

Mr.K hantar saya balik. Saya naik lif. Saya jalan sampai ke pintu rumah. Buka kunci, masuk dan tutup pintu. Tanggalkan wedges sambil iPhone berbunyi nyaring. Panggilannya saya jawab.

“I know you are going to kill me. But problems already solved. We can continue back watching Thomas Cup together. Come down now, I am already at the guard house.”

“Okay.”

Siapa kata saya akan melenting? Tidak sama sekali saya akan melenting bila dia mau meluangkan masa bersama-sama saya. Saya gumbira!

Dan kami kembali semula menonton Thomas Cup di tempat yang sama -S’Mores.

Malaysia kalah. Saya menang betting dengan Mr.K. Dan saya sangat suka melihatkan Lin Dan buka baju dan menari-nari.

.

iZZie speaks:

I met Adam C at the The Sphere. He looks cute with his cap on😛

3 thoughts on “watching Thomas Cup with Mr.K’s style..

    • sebelum ni saya selalu menyokong Malaysia. tapi selalu dikecewakan dengan prestasi permainan atlet Malaysia. walaupun begitu, pabila Malaysia kecundang, saya tetap kecewa..

  1. Pingback: feeling feeling Bali « i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s