air mataku bergenang apabila terlihatkan gambar ini

Apieq

.

Apieq dah besar. Dah darjah 4. Hujung tahun ni umur dia dah 10 tahun. 10 tahun. Tapi dalam hati saya, dia tetap masih baby. Masih kecil. Sebab dia manja. Manja mengada. Manja mengada ketui tayik.

Yang kadang-kadang boleh jadik lawan gaduh saya. Sebab dia manja terlebih dengan Mak. Mak pun manjakan dia terlebih-lebih. Kalau masa saya sekolah rendah dulu, nak dapat sepasang kasut baru bila mula sesi persekolahan cumalah dalam mimpi. Beg sekolah pun begitu. Uniform sekolah cuma 2 pasang je setahun.

Tapi Apieq? Setahun 3 pasang kasut. Beg sekolah berganti tiap semester. Mak memang sayangkan cucu. Pensil warna beli yang 36 batang. Krayon lagi. Pencil case tukar tiap masa. Saya dulu? Dapat pensil warna Luna 12 batang, tu pun yang pendek bukannya yang panjang. Dapat pensil warna Luna 12 batang yang pendek sebagai hadiah dapat nombor 2 dalam kelas. Sob sob.

Apieq kalau nak makan, bersuap. Kalau dia makan sendiri, nanti dia makan main-main. Makan sikit. Saya pun suka makan bersuap tapi sejak Apieq ada, jarang Mak dan Alang suapkan saya. Sebab diaorang suapkan Apieq. Bila saya merengek-rengek nak minta disuapkan, Alang akan cakap..

“Gigi dah berseranggah pun nak orang suap lagi!”

Dan masa tu, Apieq akan tunjuk tanda “besta” (thumbs up). Tanda padan muka.

Tapi bila tengok gambar ni melalui MMS yang Alang kirim, hati jadi sebak. Sebak sebab tak dapat tengok Apieq berkawat. Sebak bila tengok dia dah pakai pakaian uniform. Siap dengan baret, siap dengan white hand gloves, dengan boot lagi.

Apieq dah besar. Cepatnya masa berlalu. T________T

6 thoughts on “air mataku bergenang apabila terlihatkan gambar ini

  1. omg. aku sendiri pun sebak tengok. dulu dia kecik jaaaaaaaaaaa! duduk rumah pengasuh lagi ha. ish ish ish cepatnya masa berlalu weh!! dah nak teruna dah apit (aku malas nak type pjg2 mcm hg haha) hang ni.

    kak wani kerja sini ka? apit sekolah mana? sri aman kan? ni persatuan apa nii? mcm KRS ja

    • weeda!! tau takpa!! dulu kecik lagi wehhhh, kecikkkkk konekkkk!! skang ni?? sob sob
      dah sunat dah pun!!

      kak wany keja kat penang. apieq sekolah kat sri aman. dia pi jaja cerita ako kat chegu norliah..haha
      a’ah.. tu dia join kawat untuk KRS.

      hoih..maknanya ako dah tua 10 tahun! demmmmm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s