Ole-ole Bali mengingatkan saya kepada memori indah sewaktu di Bali tempoh hari

Semalam ngedate dengan Mr.K di Sunway Pyramid. Rasa lama sungguh tak mencemar duli ke sini. Tak shoppingpun, cuma berjalan-jalan melihat alam.

Pusing-punya-pusing, tak jumpa tempat yang nak singgah untuk dinner. Tekak tak terasa nak makan apa-apa. Tapi lapar. Puas pusing keliling. Sudahnya, singgah kat Ole-Ole Bali.

Kali pertama saya makan di sini, tahun 2008. Saya suka dengan environment restorannya. Dekorasi berkonsepkan Bali. Lagu-lagu yang dimainkan pula menenangkan.

Tempat makan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ada open air, ada air-conditioning area. Ada juga tempat makan yang mejanya rendah dan pelanggan yang datang boleh duduk bersila.

Tapi service slow. Duduk dah lama tapi tak ada yang bagi menu. Sampai kena panggil untuk minta menu. Dah baca menu, nak order pun berzaman. Okey, fine! Memang ramai orang masa tu tapi jenuhlah nak menunggu pelayan bersihkan meja dulu, lepas tu clear the bill, then baru nak ambil order. Patut ke? Tak patut….

Sumpah gila berat sudu ni. Sampai lenguh tangan masa makan.

.

.

Ni minuman wajib saya tiap kali ke sini. Lemon Grass Mojito. Takde alkohol ya. Dia cuma guna soda, perahan limau, daun pudina dan serai. Ya, serai! Yang terpacak warna hijau tu adalah serai sebatang. Memang chantek je ruas serai tu. Batang dia elok je warna hijau. Geram tengok! Hahaha..apa kes ntah tengok batang seraipun boleh geram😛

Tapi memang betul. Kalau orang yang rajin memasak (tapi bukan saya), mesti suka tengok ruas serai yang cenggini. Lawa. Pastu tiba-tiba teringat perumpamaan “Jari bak umbi serai”. Tssskkkk..

Nasi Campur Ole-Ole

.

Ada pilihan Rendang Daging atau Rendang Ayam. Saya pilih Rendang Ayam. Dapat pulak bahagian dada ayam. Potong ah! Tapi rendang dia sedap.

Lain-lain side dishes yang ada dalam hidangan tu; Sate Lilit, fillet ikan, sotong, udang, sayur kangkung, kacang panjang dengan tempe, 2 jenis sambal dan keropok.

Nasi dia ciput. Masa mula-mula dihidang tu, rasa nak makipun ada. Maklumlah, perut tengah lapar tahap gaban. Tengok pulak nasi sejemput. Mana cukup!

Bila dah dua-tiga suap nasi, empat-lima suap ayam. Enam-tujuh suap sotong. Lapan-sembilan suap ikan. Sepuluh-sebelas suap ikan lagi.

Dah rasa kenyang.

Memang kebanyakan yang datang, pesan Nasi Campur Ole-ole ni. Tapi rasa gila keji bila tengok meja sebelah sharing untuk 2 orang hidangan yang saya pelahap sorang-sorang. Makan gila banyak. Perut cap tong dram. T_________T

Tengok. Ni namanya Sate Lilit. Sebatang serai dia guna nak lilit, tahu?

.

Sate Lilit ni memang sedap. Kaw-kaw punya rasa serai. Bumbu dia pun banyak, memang terasa bila masuk dalam mulut. Tapi saya suka. Makan panas-panas.

Lepas perut dah kenyang, lepak dengan Mr.K dekat Republic for a cup of hot latte. Mula-mula macham pelik sebab ada seketul kereta (adik-adik, penjodoh bilangan yang betul untuk kereta adalah sebuah ye..) kat tengah-tengah laluan. Apa kes?

.

Rupanya dia buat skate park. Sempatlah tengok skaters duk practice dengan skateboard masing-masing, and shirtless. Hahaha..saya memang dari sekolah lagi mempunyai soft spot kepada skaters.

Auuwww!

6 thoughts on “Ole-ole Bali mengingatkan saya kepada memori indah sewaktu di Bali tempoh hari

  1. Pingback: spandex leggings « i.Z.Z.i.e

  2. Pingback: Walau kadang-kadang ia tak seperti yang kita harapkan tetapi amat bermakna bila masih ada yang mengingati.. « i.Z.Z.i.e

  3. Hi…cakap pasal ole ole bali ni…saya baru jer upload gambar2 dalam blog saya masa makan kat sana dgn famili. Memang best dan lokasi nye pun bagus. Lepas makan bolih sambung shopping2 kan.
    Senang2 tu singgah la yer blog saya kat http://www.blogmakanbest.blogspot.com banyak lagi tempat2 makan yang saya masukkan. Topik pun pasal makan jer 100% takde topik2 lain hehe….
    Dan kalu minat tu follow la yer blog saya TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s