HOSPITALity =! DOKTOR yang bekerja di HOSPITAL, makcik!

Saya duduk di kuaters. Bila duduk di kuaters, maka ramailah isteri-isteri sekalian yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Bila anak-anak dah pergi ke sekolah, para ibu sekalian pula sibuk dengan jiran tetangga.

Ada yang berkumpulan.

Ada yang dipulaukan.

Ada yang tak ambil port.

Ini adalah lumrah bila terlalu sangat banyak masa di rumah sampai tak tahu nak buat apa bila waktu senggang. Melainkan bergosip, bercerita bermegah diri, takpun bertanding.

Makcik-makcik di kuaters saya ni memang lucu. Kalau sorang tu beli gelang tangan, tak berapa lama lepas tu..adalah yang beli jugak!

Kalau sorang tu buat langsir baru, adalah yang rumah lagi satupun buat langsir baru. Lagi banyak ropol, lagi banyak renda. Siap buat untuk bilik, dapur, hall semua lah!

Kalau sorang tukar perabot, boleh nampaklah nanti lori perabut berduyun-duyun datang hantar perabot berturutan hari.

Kalau cerita bermegah diri pula, jangan sebutlah. Mak pulak jenis isteri yang tak ambil port. Kalau orang lain sibuk nak bertanding langsir, barang kemas, perabot, Mak tak pernah ambil pusing. Jadi, Mak memang tak join venture dengan geng makcik-makcik sekalian ni.

Mulut memang tahap kepochi di luar petala. Sumpah bisa gila babi. Laser!

Perasan tak kalau orang perempuan bercerita sama sendiri..jaranglah dia cerita pasal diri dia sendiri. Selalunya dia akan bercerita betapa hebatnya pasal suami dia, betapa cerdiknya anak dia, betapa kayanya saudara dia, betapa bagusnya adik beradik dia. Tapi tak ceritapun pasal diri dia sendiri.

Contoh:

.

Kes 1

Makcik: Yana belajar lagi ke sekarang ni? Jarang nampak. Sekali-sekala je nampak muka.

Saya: Saya belajar lagi, makcik.

Makcik: Belajar kat mana? Matriks dah habis, kan?

Saya: Ye, matriks dah habis. Sekarang kat Bangi.

Makcik: Kolej mana?

Saya: (Duh! Kolej?)

Saya: Kat UKM.

Makcik: Ambil kos apa?

Saya: (Kosmetik)

Saya: Saya ambil IT.

Makcik: Ooo.. Kak ***pun baru je abis belajar.

Saya: (Tak tanya pun!)

Makcik: Dia belajar kat kolej. Mahal lah sikit tapi kos dia dia bagus kat sana.

Saya: Ye ke? Dia ambil kos apa, acik?

Makcik: Dia ambil HOSPITALity. Nanti kerja jadi DOKTOR.

Saya:

.

Kes 2

Saya ditegur oleh makcik yang sama dalam Kes 1.

Makcik: Yana! Dah kerja ke sekarang ni? Kerja kat mana?

Saya: (Kat Los Angeles)

Saya: Saya kat Kay El, acik.

Makcik: Company apa? Jawatan apa?

Saya: Executive je, kat *teeeeeettttttt*

Makcik: Ooo..ye ke? Kak *** kamu pun kat Kay El. Dulu dia kerja kat ********. Dia engineer kat sana.

Saya: (La.. Engineer pulak?)

Makcik: Dulu ada jugak dia dapat tawaran kat tempat Yana kerja. Executive jugak. Dah elok dah nak berhenti kerja kat ********, tapi dia dapat polis pulak. Sekarang dah jadi Puan pun.

(Nota: Dalam PDRM, pegawai wanita yang dipanggil Puan tu kira berpangkat besar, tahu?)

Saya:

.

7 thoughts on “HOSPITALity =! DOKTOR yang bekerja di HOSPITAL, makcik!

  1. bini polis kan suka jarummmmmmmmmmmmmmm! benci benci benci.ini selalunya terjadi pada housewife ja(tapi BUKAN SEMUA) mak aku pun tak amek pot la. org keja kan? balik duduk rumah. wiken mak aku main badminton. takdak la duduk depan rumah ni dok bergosip pasal anak-anak orang. cerita gelang emas ke. zulian je pun LOL. kecoh semedang. kalau aku balik rumah,depa dok sembang kat luaq rumah, aku pulak segan2 nak lalu., usha org macam nak makan ja. kang ada yg bergosip itu ini la.

    ngahahaha hospitality kerja doktor? menangis sekuali lah anak dia kalau dia tahu mak dia ckp cmtu kat hang!!

    makcik mana ni dok jarum sangat ni? HAHAHAHA

    • HAHAHAHA!!
      lagi sorang anak polis yang membuktikan kejadian yang saya tulis adalah benar belaka!

      hoih! mau tau la makcik mana. tu pun dalam mak ako tak amek port pun buleh depa duk jarummmmm lagek!
      kalo mak ako jenis jaga tepi kain macam ka depa juga tu..mau depa tikam belakang duk kutuk-kutuk kalau jadi apa-apa yang tak best
      kan depa selalu macam tu..hahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s