separuh hidup saya dihabiskan dengan menunggu.. maknanya saya baru sahaja berusia 12 tahun!!

Tajuk adalah perlu dramatik. Abaikan. Ini adalah kisah hidup saya yang separuh darinya (kini berusia 24 tahun, demmmm!!) sudah dihabiskan dengan menunggu..menunggu dan masih menunggu.

.

Zaman Paleolitik Kanak-kanak Ribena

Saya pergi sekolah naik bas sekolah Pakcik Mail. Kiranya masa tu, bas sekolah Pakcik Mail yang paling feymes. Semua budak kat kuaters IPD & IPK naik bas dia. Siap ada Trip 1, Trip 2, Trip 3 bagai. Punyalah ramai budak-budak yang naik. Dan masa ni, sekolah yang dia hantar pergi-balik cuma SK Ayer Itam dan SK Sri Aman.

Dan semestinyalah saya pakat dengan kawan-kawan nak naik Trip 2. Sebab bila balik sekolah tu, sementara nak tunggu Pakcik Mail datang semula..sempatlah main dulu😀

Masa ni memang tak hengat dia punya main. Main lompat getah adalah suatu kewajipan. Saya adalah terel main lompat getah dengan pakai pinafore. Pinafore saya adalah yang paling kembang dan beralun dalam sekolah sebab Mak jahit pinafore saya kembang macham Cinderella. Bila saya turun tangga, budak-budak laki semua tunggu bawah tangga. Pffttt..!! Kalau pakai baju kurung, siap angkat kain setinggi paha.

.

Zaman Mesolitik Gila-gila Remaja

Zaman sekolah menengah, memang zaman paling banyak menunggu. Form 1-2 di St. George’s adalah sesi petang. Sekarang ni tak pasti kalau dah buat satu sesi. Form 1-2 masih naik bas Pakcik Mail.

Memandangkan Pakcik Mail masih ambil budak sekolah rendah, iaitu SK Ayer Itam, SK Sri Aman, SK Sri Indah dan Sekolah Menengah Ayer Itam yang berdekatan dengan kawasan rumah di Farlim, makanya saya yang bersekolah jauh di Jalan Mecalister terpaksalah berkorban masa.

Pakcik Mail akan ambil dari rumah jam 11.15 pagi. Sampai kat sekolah dalam pukul 11.45 tengah hari. Sekolah takdelah jauh mana sangatpun. Tapi sebab dia pusing dulu ambil budak kat kawasan lain, terpaksalah saya duduk je dalam bas tu ikut driver bas pusing-pusing sebelum sampai ke sekolah.

Sampai kat sekolah, kena tunggu sampai 1.15 petang..baru loceng masuk kelas bunyi.

Balik sekolah dalam 6.40 petang. Kalau hari Jumaat, awal sikit dalam pukul 6.05 petang. Tapi Pakcik Mail tetap datang lambat. Sebab dia pungut budak-budak sekolah rendah yang sesi petang dulu. Kalau paling awal dia datang ambil saya kat sekolahpun, dalam pukul 7.15 petang ke atas.

Pernah suatu hari tu, hujan lebat. Kilat sabung menyabung. Pakcik Mail tak jugak datang datang. Sampai kami yang tunggu dia ni terpaksa tunggu kat stesen bas depan Distard Stamford College. Pukul 8 malam baru dia datang. Gila sedey campur takut tengok kilat sabung menyabung. Macham tunggu masa nak kena panah petir je.

Bila sampai rumah, memang lepas Maghrib. Tu kalau jam kat Masjid Negeri tak teruk, tak hujan. Kalau semua itu berlaku, lagi teruk. Lagi lambat sampai rumah. Nak nak pulak Pakcik Mail akan pusing hantar budak lain dulu. Gila bosan duduk dalam bas lama-lama.

Paling membencikan masa Form 2. Masa ni tengah hot cerita Kutub Utara Kutub Selatan yang Hans Isaac dan Nasha Aziz berlakon tu. Memang hangin je bila dah penat berlari-lari panjat 60 mata anak tangga pastu sampai sampai rumah je sempat tengok dalam 5 minit. Ggggrrrrr…

Bila dah naik Form 3, dah sekolah pagi. Trip nak hantar saya ke sekolah adalah yang paling awal. Pukul 5.45 pagi dia dah datang. Maknanya saya terpaksa bangun pukul 5 pagi. Sampai kat sekolah dah mengantuk. Loceng bunyi pukul 7.40 pagi. Memang tak sanggup. Minggu pertama ok lagi. Masih bertahan. Masuk minggu kedua, 3 kali lewat bangun. 3 kali terpaksa naik bas Transit Link 130 sampai kat Dhoby Ghaut. Cuci mata dalam Penang GH dengan memandang doktor-doktor yang hensem dulu sebab situ adalah laluan short cut, lalu Hospital Bersalin Pulau Pinang, masuk SK Jalan Residensi, redah padang basah dengan embun sorang-sorang pagi-pagi buta. Gila takot!

Bila sampai sekolah, baju dah busuk masam dengan peluh. Kasut basah. Macham tulah jauhnya saya kena berjalan kalau tertinggal bas, atau ada latihan rumah sukan Cavell pada pagi Rabu, atau bila ada aktiviti ko-kurikulum hari Sabtu, atau bila kena stayback. Gila penat nak berjalan. Belum lagi kira tunggu bas Transit Link 130 yang memang berjanggut tiap kali tunggu.

Sudahnya? Saya tak sanggup bangun pukul 5 pagi tiap-tiap hari. Siap merayu-rayu kat Pakcik Mail nak naik bas lambat bila pergi sekolah. Nasib baik dia kasik. Tapi bila balik, tetap lambat. Keluar kelas pukul 1.15, pukul 2 lebih baru dia datang ambil.

Form 4-5 terus tukar bas sekolah. Dah tak sanggup buang masa. Bas sekolah adalah baru sangat best. Datang ambil kat umah dalam kul 6.40 pagi. Bila balik sekolah, dah sedia menanti. Bila loceng bunyi je terus saya lari-lari sebab nak sep tempat duduk. Nasib baik masa Form 4 kelas sangat dekat dengan side gate. Cuma bila dah naik Form 5, kelas dah jauh. Macham nak pengsan berlari dengan beg sekolah.

Sampai rumah boleh dikatakan awal. Campak beg, dengan baju sekolah masih di badan..terus lompat atas katil. Tidur. Heaven!

.

Zaman Logam Meningkat Dewasa

Dah nak masuk 6 tahun  menunggukan Mr.K.

Ehhhh??!!!

3 thoughts on “separuh hidup saya dihabiskan dengan menunggu.. maknanya saya baru sahaja berusia 12 tahun!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s