suka bau baby

Semalam ke majlis kenduri kahwin adik housemate kat Tunku Jaafar Golf Club, Seremban. Sampai dah lewat, dalam 3 lebih sedangkan jamuan makan sampai jam 4 petang. Jemputan semua dah takde, dah balik. Pengantin perempuanpun dah naik salin baju. Memang pergi kenduri tu untuk makan je lah. Tak dapat nak tengok pengantin kahwin bawah pedang.

Tapi yang bestnya, dapat telur rebus. Dalam sangkar besi bentuk buah epal lagi. Suka suka suka!

Lepas kenduri, pergi ke Seremban. Lawat rumah ex-housemate kepada housemate sekarang. Tidaklah saya kenal tapi boleh je. Dah namapunn melawat, kan? Gaaaagagagaga. Ada baby girl di rumah yang berusia 3 bulan pula tu.

Bila baby dah bangun dari tidur, dah mandi wangi wangi bau minyak angin Yu Yee Cap Limau barulah saya ambil pegang. Keji, kan? Dah wangi baru nak ambil pegang.

Oh, bau baby adalah sangat heaven. Lebih-lebih lagi kalau disapu dengan minyak Telon. Bau dia..perghhhhhh!! Tepek pula bedak Jonhson’s & Johnson’s.

Tapi saya ni bukanlah jenis sukakan budak-budak. Masa kecil dulu, kalau Mak pergi ke rumah jiran-jiran nak tengok baby, elok letak je punggung terus saya ajak balik. Tapi mestilah Mak tak ikut cakap saya, kan? Mak akan duduuuuukkkkk juga kat rumah orang sambil main-main dengan baby. Pegang baby. Cium baby, peluk baby, dukung baby.

Saya? Tengok Mak pegang baby dengan muka masam mencuka. Elok je Mak letak baby kat tilam dia semula, pelan-pelan saya pergi dekat dengan baby lepas tu cuuuuuuuuuuubit baby tu. Punyalah dengki. Bila baby dah nangis dalam hati saya cakap, “Padan muka!”. Gagagagagaga.

Bukan dengki kat baby je. Kalau ada budak-budak lain yang Mak pegang, mesti saya tarik muka masam. Tak suka! Saya tak suka Mak pegang budak lain. Saya tak suka Mak dukung budak lain. Saya nak Mak dukung saya seorang je.

Sekarang saya tak buat macham tu dah. Tak cubit dah baby. Cuma tak pandailah sangat nak main dengan baby atau budak-budak. Tak pandai nak melayan. Keras je kot. Kadang-kadang tak layanpun, nak nak pula dapat budak yang mengada-ngada. Ada juga kena sekeh­čśŤ

iZZie speaks:

Mak.. Selamat Hari Ibu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s