Balik kampung… Ooooo..balik kampung!!

Kalau balik ke kampung Perlis, memang heaven dengan makanan kampung. Sebut aje, mesti akan diusahakan sampai dapat.

Teringin nak makan pulut durian? Ni Alang punya kerja. Punyalah teringin nak makan, gagah juga pergi cari durian. Kelapa boleh petik sekeliling rumah je. Alang-alang kait kelapa nak dijadikan santan, apalah salah kiranya kait kelapa muda untuk membasahkan tekak sekali? Hua hua hua…

Dinner kira settle: makan pulut durian. Pastu pekena sate ayam dan sate daging.

Pagi Ahad, kerja mencari makan diteruskan. Tak tau siapa yang request, tapi Tok dah kecoh-kecoh nak pergi cari rebung. Wow!! Lauk rebung lagi? Tok cakap akan buat sambal belacan, bakar ikan. Yummy!! Semalam makan kat rumah Tok Ngah tak puas. Malu. Kalau Tok yang buat sambal belacan, mesti berasap. Air tangan orang tua tu memang sedap. Maklumlah, tukang masak kenduri.

Mak Teh siap pesan, suruh carikan umbut tepus. Nak suruh Tok buat kerabu. Perghhh..!! Lepas tu, ketam semalam yang dibeli nak masak lemak. Dah macham kenduri pun ada. Ulam-ulam lain toksah cakaplah, memang meriah. Ada petai, ada terung pipit, ada ulam raja.

.

Tengok gambar di atas. Tok siang rebung macham tak ada apa-apa. Padahal miang rebung tu masya-Allah! Mak Teh pula siang umbut tepus. Katanya, umbut tepus tu ada dalam bulan April-May sahaja. Sebab tu disuruh Tok carikan juga sampai dapat.

Sambil tu pula, Alang panjat pokok buah setoi. Tahun ni banyak buahnya. Tak macham tahun lepas. Dapatlah Alang petik 4 biji buah setoi yang julainya rendah. Untuk siapa-siapa yang tak pernah tengok buah setoi macham mana, macham ni lah rupa dia.

Sedap dicicah dengan garam/garam belacan/colek.

.

Kali ni pucuk geti, jantung pisang, pucuk mengkudu tak dikutip. Sebab dah banyak sangat ulam. Tapi teringat-ingat pula Asam Pedas Pucuk Geti yang Tok buat dulu. Sedap!!

Balik kampung kali ni ada pertambahan ahli keluarga baru yang diberi nama Sofia. Sofia putih bersih, sedang bunting anak pertama tetapi tiada bapanya kerana Sofia diberi suntikan hormon oleh Jabatan Haiwan. Sofia adalah seekor lembu ya kawan-kawan. Tok dan Mak Teh memang suka berikan nama pada haiwan ternakan. Kambing biri-biri jantan turut dinamakan, Aris.

Dan memandangkan pokok kekabu sudah masak ranum, Tok menjahitkan bantal kekabu untuk Mak. Bantal kekabu sangat sedap dibawa tidur. Sejuk, empuk dan lembut. Sekarang susah nak dapat bantal kekabu yang original. Selalunya dah dicampur.

Makan tengah hari memang macham kenduri sebab kebetulan ada saudara yang datang. Langkah kanan. Seronok makan nasi ramai-ramai dengan saudara-mara. Meriah! Nasi pun bertambah berpinggan-pinggan.

Ehh??!!

6 thoughts on “Balik kampung… Ooooo..balik kampung!!

  1. huhu.. buah setoi?? tp sy panggil buah posto…
    lama x makan buah posto… dulu buah ni ada kt umah nenek.. teringat zaman kanak2..

    huhuhu.. 2,3 tahun lg, akan teringat zaman2 di TM.. huhuhu..

  2. hai…boleh tak nak tanye…ada lagi tak buah setoi tu?sye tgh peknen…mengidam buah setoi pulak…tp susah sgt nak cari..kat kg pun dah tinggal pokok je tak berbuah..huhu…kalu ada, bitau ek..sye beli pun takpe….ni no hp sye…013-*******….tq….

    • hi min. nanti kalau ada buah setoi tu, saya roger. no hp min saya tak publish kat sini sebab takot ada yang buat onar. but no worries, saya ada simpan no min. take care dear.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s