Padang Besar.. selepas bertahun-tahun tidak ke sini

Perlis adalah sangat panas!!! Panas, panas, panas, panas!! Sampai di Perlis dalam pukul 1.00 petang. Terus ke rumah Tok Ngah kat Padang Besar. Tak ingat pula nama felda tu apa, tapi jalan keretapi ke Thailand tu memang seberang jalan je. Tak berpagar pun. Selamber badak!

Makan tengah hari adalah dijamu dengan lauk kampung. Memang terbaik!! Ada lauk rebung (bamboo shoots), ada air asam, ada ikan bakar. Perghhh!! Memang leleh!! Lauk ayam, daging yang ada depan matapun dah tak pandang.

Berapa kali tambah? 2 pinggan. Tuan rumah dah bangunpun, saya masih di tikar. Sambung ratah lauk. Tak baik membazir, kan?

Lepas Zohor, langsung ke Padang Besar. Kalau masa kecil dulu Abah memang selalu bawa ke Padang Besar. Bila dah besar gajah ni, memang dah tak pergi. Malas. Cuma pergi rumah saudara-mara je.

.

Manusia boleh tahan ramai. Memang kagum sebab tengah panas membahangpun masih gigih berjalan-jalan. Dan Puteri Lilin (uhuk uhuk) pun cair bila berada di bawah panas mentari lik-lik.

.

Setakat nak ke Bazaar Padang Besar tu, tak payah ada passport pun boleh. Bazaar Padang Besar masih dalam kawasan negeri Perlis. Sama juga konsepnya kalau ke Wang Kelian. Dulu masa saya ke Wang Kelian, tak payah guna passport. Sekarang ni tak taulah macham mana.

.

Mak dan Alang bila dah sampai ke Padang Besar memang tak lepas peluang memborong toto/cadar/comforter. Abang pula pau dari saya sehelai printed t-shirt Muay Thai yang akhirnya dapat kat Alang sebab gatal beli saiz M sedangkan badan saiz XL. Padan muka😛

Kami tak singgah di Gua Kelam. Terus je balik ke rumah Tok. Sampai umah Tok Tiah dah pukul 4.30 petang. Terus flat sebab heat cramps.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s