bagaikan kaca terhempas ke batu..hancur luluh impian suciku

Sebelum saya mula, nak bagitau yang tajuk entry ini adalah daripada sebuah lagu Melayu. Sila teka, tapi jangan guna pakcik Google. Sekian, terima kasih.

Saya dari UKM. Masa semua orang tengah kecoh-kecoh pasal Angkasawan Malaysia tu, saya masih lagi di UKM. Tahun ke-2/ke-3 (tak berapa nak ingat, tapi rasanya tahun 2 kot!) di UKM, Dr. Sheikh Muszaphar dan Kapten Faiz turun ke UKM untuk minggu orientasi mahasiswa/mahasiswi baru.

Saya tak terlibat jadi fasilitator untuk minggu 3M tu. Fine!

Tahun ke-3, sem 1 pula saya di Penang untuk Latihan Industri. Latihan Industri saya selama satu semester, dan saya berlatihan industri di Agilent Technologies. Dan saya dapat tahu daripada kawan-kawan di UKM masa ni yang Dr. Sheikh Muszaphar turun UKM lagi sekali kat PUSANIKA untuk beramas-mesra.

Saya tiada di UKM masa tu. Fine!

Kausarpun cherita yang dia dapat bergambar dengan Dr. Sheikh Muszaphar masa jelajah universiti. Siap cakap Dr. Sheikh Muszaphar wangi lagi! Kausar, student USM pun dapat bergambar dengan poooojaan hatiku itu tapi saya, warga UKM yang sebumbung (wah wah wah) dengan Dr. Sheikh Muszapharpun tak pernah dapat jumpa.

Keadaan tidak menyebelahi saya. Fine!

Malam perasmian Konvokesyen UKM ke-36 pada tahun 2008, saya dengan kawan-kawan (kamo ingat tak Jas malam tu??!!) sibuk ke malam perasmian sebab tahu Dr. Sheikh Muszaphar akan turut serta. Memandangkan konvo itu adalah untuk meraikan kami semua, maka haruslah semangat gedix bertambah-tambah.

Tengah elok saya berjalan lenggang lenggok, sekali kereta Perdana lalu betul-betul tepi saya. Tahu siapa di dalam? Dr. Sheikh Muszaphar!

Dan sepanjang malam, saya hanya tengok dia dari jauh sahaja. Fine!

Sekarang, saya betul-betul duduk sembumbung (panggggggg sedas) dengan beliau. Maksud saya, tinggal di kondo yang sama. Saya sudah tau nombor rumahnya (saya bukan stalker ye.. dapat tau nombor rumah sebab ada notis untuk mesyuarat Jawatankuasa), tapi tidak lagi pernah berkesempatan bertembung dengannya di dalam lif. Housemate saya sahaja yang pernah.

Cuma saya dapat tengok keretanya dan rumahnya sahaja dari jauh. Fine!

Dan apabila pagi ni saya buka belog Kak By, dia telah bunuh hati saya.. Hati saya sudah dilenyek dengan steamroll. Kuchiwa, hampa, luka berdarah yang paling dalam!

.

Kak By, sekali lagi gua ulang. Kita settle luar, okeh?!! Lu sudah bikin gua punya hati panas menyirap!! Gua terbakarrrrrrr!!!

7 thoughts on “bagaikan kaca terhempas ke batu..hancur luluh impian suciku

  1. OMG HAHAHAHA ini mmg mengujakan!
    weh raya nanti jemput aku p raya rumah sana, boleh serbu rumah Dr SMS skali LOL

    eh title entry ni, lagu spoon. ringgit berjuta kan?

    • wooaaa.. hg mau p ka? ako malooooooo!!
      tapi mauuuu.. weeeeee

      hg terer ah.. lagu hg teka tu betui!!
      hadiahnya? dijemput beraya ke rumah ako kat kay el ni.. muahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s