i ni keturunan VAMPIRE, you know..??!!

Oih.. nak muntah darah, telinga nak keluar nanah, bisul nak meletup? Sila pergi jauh-jauh ye? Nak gelak guling-guling, nak baling batu, baling tomato, baling telur busuk, semua tu malam sikit okeh?!

Saya tak tipuuuuu.. Sungguh!! *finger crossed at the back*

.

Saya aktif pada waktu malam

Sajak benarlah dengan darah keturunan vampire. Saya sangat aktif pada waktu malam. Saya suka dengan waktu malam, dengan suhunya, dengan keadaannya. Kalau jalan-jalan kat Kay El malam-malam hari, rasa macam pesta lampu pun ada. Terang benderang dengan neon berwarna-warni.

Saya rasa macham.. alive!

Kalau malam tiba, mata saya akan jadi cerah. Tak mengantuk, macham baru disimbah dengan sebotol minyak angin Cap Kapak. Dan saya susah nak tidur di malam hari.

Cuba tanya Mr.K, apa jenis gangguan yang dia terima bila malam hari. Ha ha ha..

Berlainan pula halnya dengan siang. Asal siang hari je, saya letih semacam. Duduk melepek seketul. Saya tak berapa suka hari siang ni. Panas! Selalunya saya habiskan dengan tidur sahaja di rumah kalau tidak ada apa-apa yang perlu dibuat. Dan kalau siang hari ni, memang pantang letak kepala. Terus je lelap.

Hipotesis diterima.

.

Saya tak boleh kena panas

Takdelah sampai terbakar hangus. Tidaklah juga bila terkena cahaya matahari kulit nampak berkilau-kilau seperti kilauan berlian.

Cuma berpeluh sakan je..

Hipotesis diterima.

.

Chantek dan menggoda

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

HIPOTESIS DITOLAK!!

4 thoughts on “i ni keturunan VAMPIRE, you know..??!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s