I am NO King Midas

Apalah nasib.. hari tu sedang elok saya orang yang terakhir gunakan dapur, esoknya dapur tak mahu hidup dah. Puas cuba dihidupkan, puas dicuba tapi tak mau juga. Sudahnya, dapur di rumah tak berasap beberapa hari.

Terpaksa beli dapur yang baru.

Tak lama lepas tu, lampu bilik mandi saya pula terbakar. Sayalah juga orang yang terakhir menggunakan lampu di bilik mandi. Dan sayalah orang yang pertama petik lampu dan lampu tu tak nak nyala.

Nak ditukar, jenis lampunya bukan jenis bulb yang biasa. Nak capai pun tak dapat sebab silingnya terlalu tinggi. Sampai ke hari ini, saya dan Pah Bedah mandi dalam gelap.

Tak pun, kunci pintu bilik bila salah seorang di ruang tamu. Kemudian, buka lampu bilik, buka pintu bilik mandi seluas-luasnya.

Tapi kadang-kadang rasa macham pelik sikit. Sebab mandi dengan pintu yang ternganga. Selalu je saya terbayangkan yang saya lupa kunci pintu kemudian Pah Bedah terjah masuk bilik. Lalu nampaklah aksi wayang kulit saya di dalam bilik mandi.

Masa tu dah terlambat nak tutup apa-apa yang patut. Setakat dua telapak tangan, bahagian mana je yang dapat ditutup ye?

Kipas angin tu pun macham nak lingkup juga. Dah mula tak boleh nak pusing kiri-kanan. Siapa lagi yang rajin tekan butang On-Off, siapa yang rajin angkat-tekan cepotet kipas tu supaya tak berpusing kalau bukan saya?

iZZie speaks:

Tunggu apa nak rosak pula lepas ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s