migraine, oh migraine..

Di saat saya ingin keluar berjimba-jimba, perkara terakhir yang saya perlukan adalah migraine. Sesudah puas menantikan hujung minggu tiba, saya tersadai di rumah pada malam Sabtu atau lebih sedap didengar dalam English, Friday Night.

Urat-urat di di pelipis sudah tersembul. Kali ini, bukan migraine di sebelah tetapi di kedua-dua belah kepala. Sebelahpun sudah tak terdaya menanggung, inikan pula di kedua-dua belah. Sudahnya? Ponstan jua pengubat di kala kesakitan.

Dan saya telan 2 biji.

Saya tak mampu tidur, tak mampu untuk bangun. Tidak mampu memandang cahaya yang terang. Dan kadang-kadang terasa seperti ingin muntah.

Tapi saya gagahkan diri untuk bangun selepas satu jam menelan Ponstan dan berbaring di pembaringan. Makan Nasi Kerabu yang dibeli oleh housemate sambil menonton The Covenant. Hati agak sebal kerana terpaksa membatalkan temujanji malam ini. Sedangkan, jadualnya agak ketat dan kadang-kala tak tentu masa kerjanya memanggil.

Apabila saya tidak mengharapkan apa-apa, dia datang mengetuk pintu. Dan membawa penawar kepada segala kesakitan yang saya alami.

Dialah ‘penawar’ itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s