excuse me! i hardly know u!

Dalam suatu perbualan..

Dia: Dah berapa lama you dengan Mr.K? 4 years?

Saya: 5 years and a half.. (dalam hati: and counting)

Dia: Macham mana you boleh bertahan, eh? Sebab dia kasik apa yang you nak ke?

Saya:

Dengan kata lainnya; saya ni materialistiklah, kan?

.

Dan komen-komen skeptikal..

“Mmm patutlah..boyfriend kaya”, “Oh, sponsored by Mr.K lah tu…”, “Mr.K kasik?”

Dengan kata lainnya; saya ni materialistiklah, kan?

.

Dan apabila mereka bertanya..

Kenalan: Iz cakap dengan boyfriend in English, eh?

Saya: (senyum)

Kenalan: Cara Iz cakap dengan boyfriend lain.

Dia: Cuba teka boyfriend dia bangsa apa?

Saya:

Layak diberi pelempang tak?

.

Seorang eksekutif yang bercakap dengan seorang eksekutif yang lainnya..

Eksekutif 1: Ha, siapkan minute yang dah ambik untuk meeting ni. Kemudian email kat saya.

Eksekutif 2:

– Nak guraupun ada tempatnya. Tapi kalau baru kenal, baru setakat tegur “Hai, dah berapa lama ko keje kat sini?”, “Dulu study kat mana?”.. agak-agaklah sikit bila nak bercakap tu.

.

Dan saya tak faham kenapa, jenis bercakap yang tak reti nak pakai otak. Tak reti nak bezakan hal-hal privacy orang lain yang mungkin dia tak bersedia nak berkongsi dengan orang lain. Kalaupun ya pun kamo tahu serba sedikit pasal saya, itu tak bermakna kamo boleh jaja cerita saya kepada orang lain di luar sana. Baik di belakang saya, mahupun di hadapan saya sendiri. Saya tak perlukan jurucakap atau PA yang mewakili diri saya untuk menjawab soalan-soalan orang di luar sana.

Tolonglah ubah sikap prejudis tu. Mudah sangat menghakimi seseorang sedangkan kamo tidak tahu hujung pangkal. Penilaian kamo itu cuma berasaskan pemerhatian, yang mungkin juga kamo konklusikan dari pembacaan belog ini. Yang saya kira, pemerhatian/konklusi kamo itu lebih layak dipanggil hipotesis/spekulasi?

Dan juga jangan jump into conclusion yang saya ini adalah mesra alam yang boleh dibawa bergurau senda suka-suki. Hati perut kamo pun saya tak kenal, apatah lagi hati perut saya. Tak bermakna kalau kamo kenal saya, kamo boleh cakap apa sahaja yang kamo suka.

Kesimpulannya di sini; lain kali kalau nak serbu, sila pakai helmet okeh!

iZZie speaks:

Mr.K memang kaya. Kaya dengan kasih sayang kepada keluarga dia dan saya.

10 thoughts on “excuse me! i hardly know u!

  1. mungkin jua dorg tu xde keje or cuba cari keje lebih masa.
    dan mungkin anda jua boleh bertny kpd mereka, ‘ade sesapa bayar korg utk kerja lebih masa ke’..huhu
    dan perkara yg terbaik adalah diam/ no comment / non of ur biz.

    p/s: ye sy sgt bertuah mepunyai bf yg kaya..ko ade? xde kan..muawawa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s