hatiku tidak layak untuk disakiti.. begitu juga dengan hatinya

When it comes to “love”, I am a very selfish person. Boleh kata juga yang saya ini adalah possessive. Kerana saya enggan berkongsi Mr.K dengan sesiapa sahaja. Itu semestinya! Saya harap Mr.K juga merasakan sebagaimana yang saya rasakan.

Saya suka diberikan sepenuh perhatian. Bilamana dia sibuk, tiba-tiba saya menjadi emo dan terasa dipinggiran. Mesti pening Mr.K hendak melayan.

Tapi saya tahu, sesibuk manapun saya tidak terus ditolak ke tepi. Ngomel saya masih dilayani, masalah saya masih didengari, kesedihan dan air mata saya masih diusap pergi.

Dia memberikan semangat ketika saya demotivated, menceriakan saya ketika saya murung. Kadangkala memberikan kejutan yang tidak terjangka.

Apa yang saya berikan kepada dia?

Kadang-kadang saya rasa saya tidak cukup baik untuk dirinya. Terlalu banyak yang saya lakukan yang menggores hati, kerana saya terlalu ikutkan perasaan.

Perasaan yang membawa kepada keterlukaan yang seterusnya membawa kepada suatu penyesalan.

Saya kejam. Andai saya terasa disakiti, saya akan menyakiti hatinya. Saya mau dia rasa sakitnya sebagaimana yang saya rasakan.

Hingga saya tidak pertimbangkan hati dan perasaannya.

Saya kecewa dengan diri sendiri. Kerana saya masih tidak mampu memahami dia seperti mana dia memahami saya. Dan kerap kali saya menyalahkan dirinya kerana bersikap “memendamkan segala tanpa berkongsi rasa.” Dan dia bukanlah “open book” seperti saya.

You keep everything to yourself.

Kerana dia adalah seorang lelaki. Lelaki yang mahu dimengerti. Juga enggan hatinya disakiti.

Mr.K.. 1-4-3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s