bila kutatap wajahnya ketika itu, rasa macham nak tumbuk perut dia laju-laju

Saya keluar dengan Mr.K malam tadi. Dengan niat nak minta Mr.K download application dari iTunes untuk iPhone saya, saya bawa beg galas yang berisi laptop. Pakai ala kadar, baby-T dan hot pants shorts. Ke Old Town White Coffee di Bangsar South.

Mr.K bawa kereta SLK (dipetik dari kamus Marina Shah). Ni yang saya sangat lemah longlai. Tiap kali dia bawa kereta yang satu ni, dia bawa macham tengah racing haram. Main redah aje. Bukan main pecut lagi sampai saya yang kecut perut. Cuba kalau dia drive bini kesayangan, calar sikit je terus pergi polish. Skirting terlopong besar duit 50 sen pun dia terus tukar baru. Jangan harap nak belasah macham dia buat kat SLK nan satu tu.

Nak cari parking satu hal. Tapi disebabkan kereta yang pendek, kecil dan molek senang parking dengan space yang sangat limited itu, Mr.K aci main redah je parking rapat kat construction area. Memang dia parking rapat nak mampos, saya buka pintu je pun seksa sebab tak ada ruang pun nak keluar kereta dengan gaya paling seksi Marie France Bodyline.

Bila saya buka pintu kereta, pavement yang sepatutnya berturap tar rupanya adalah hutan belantara semak samun. Sambil mengimbangi badan yang menggalas laptop, dengan tangan sebelah memegang wallet, sebelah lagi memegang iPhone. Seboleh-boleh nak pijak kawasan yang bertar, taknak pijak semak sebab takut ada ular. Malam-malam ni mana nampak!

Tapi kaki tiba-tiba terpeleot.. Lalu tersungkurlah saya menyembah bumi ke dalam semak samun T________T

Cuba teka Mr.K buat apa?

.

.

.

.

.

.

.

Dia bantai gelak.

7 thoughts on “bila kutatap wajahnya ketika itu, rasa macham nak tumbuk perut dia laju-laju

  1. Alahai, kesiannyer awak iz… akak tak dapat bayangkan macam mana awak jatuh. Akak pun tgh bantai gelak baca enrty awak ni.. ngeeee… jgn mrh… (**,)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s