melayan karenah manusia adalah sangat memenatkan! [part 1]

Hari ini saya bermula dengan baik. Bangun dengan senyuman apabila mengetahui Man U gagal melayakkan diri ke separuh akhir Champions League. Pagi yang penuh dengan senyuman.

Tapi hari yang saya mulakan dengan senyuman itu bertukar menjadi puting beliung.

Sampai saja, sudah ditanya itu dan ini. “Kak Farhan datang kerja tak hari ni?” Setahu saya, saya belum lagi naik pangkat jadi Pengurus. Semestinyalah Kak Farhan tak perlu lapor diri kepada saya andai dia AL/MC/EL.

“Attendance sheet ada?” Ya, lambaklah semuanya atas kepala saya ni. Silalah sila. Nak-nak pula bos besar ada, lagilah nak tunjukkan segalanya terlaksana dengan bagusnya dan berjalan dengan lancar. Lepas tu bugging saya tak henti-henti. Kak Farhan, maaf kerana tak pasal-pasal anda terlibat sama dalam kekecohan pagi tadi dan mengganggu anda.

Dan mereka-mereka juga..

“Hari ni makan apa?”, “Makanan dah sampai?”, “Makan kat mana?”, “Takkan hari ni Nasi Goreng aje?”, “Ada air tak?”, “3 in 1 mana?”, “Takde tisu ke?”.

Takkan hari-hari nak kena explain, Nasi Goreng tu bukan saya yang order? Takkan hari-hari nak tanya benda yang sama? Tanya soalan yang agak-agak tak menjurus kepada tekak dan kepentingan sendiri boleh tak? Penatlah!

Itu belum lagi request nak makan itu, tak nak makan ini. Bagi betis, nak paha. Bagi peha, nak kepala.

Dan ada juga..

Nampak saja saya lalu, saya terus ditahan.. “Iz, ada plug kosong kat meja tu?” Wahai makcik, adakah nampak macham saya ni penjaga plug ke? Ataupun pandangan makcik kabur sampai tidak nampak saya duduk di barisan belakang dan bukan di meja yang makcik tunjukkan itu? Ataupun makcik rasa saya ni kaunter pertanyaan?

Mungkin lepas ni saya perlu tulis ayat ini di dahi saya,

“SINI ADALAH KAUNTER PERTANYAAN”

.

Dan itu baru sebahagian. Sebahagian daripada beberapa bahagian penyeksaan kepada kewarasan akal fikiran. Sebahagian lagi akan saya ceritakan di masa hadapan..

Cuma saya semakin risau dengan keadaan ini. Kerana sikap panas baran saya bila-bila sahaja boleh kembali merentap ketenangan diri. Puas saya tahan, puas saya menyabarkan diri. Saya khuatir akan mengamuk jika terus-terusan dilayan sebegini.

Atau saya pendamkan sahaja semuanya di dalam hati. Sehingga mental mengalami depresi dan tidak lagi dapat berfungsi.

iZZie speaks:

Eh, minggu lepas dah dapat MC kerana stress yang membawa kepada depresi..

8 thoughts on “melayan karenah manusia adalah sangat memenatkan! [part 1]

  1. owh.. itukah yg berlaku.. ternyata memang benarlah anda adalah pekerja ** tegar… mungkin anda boleh dikategorikan sebagai ‘cyborg girl’… tapi sy kagum dengan anda. teruskan usaha anda. sy akan cuba membantu yg termampu jika khidmat sy diminta.. :p

  2. it’s life. and i think you should just ignore it. and do not take it to the heart. sebab kadang-kadang, bila behadapan dengan orang, memang akan terjadi macham-macham. jadi yang penting you have to be bold. memang hati itu rapuh tapi try not to be too fragile. kadang-kadang kita kena jadi hati kering supaya kita tak rasa down pada hari2 mendatang. cheers my dear! *wink*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s