saya tahu saya tidak layak untuk menegur..

Sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, saya cuma mahu tegaskan di sini bahawa ini adalah pendapat personal. Bukan niat untuk menghentam sesiapa, bukan berkhutbah cuma betuli diri jua.

Kalau ada yang bercakap-cakap di belakang yang saya ini tak ubah umpama mengata dulang paku serpih, terpulang.

Tudung.

Saya hormati wanita muslim di luar sana yang memakai tudung. Menutup aurat, dan menjaga tingkah laku, adab dan percakapan. Sesuai dengan imej yang dibawa.

Tapi hati saya agak kesal. Kesal apabila terlihatkan di Facebook, teman-teman yang saya ketahui dari dahulu menjaga auratnya, menjaga hijabnya, mula menampakkan rambutnya.

Let alone pemakaian dan gaya yang mula bertukar rupa.

Siapalah saya untuk menghakimi. Saya tidak layak menegur. Lebih layak berkata, “Ukurlah baju di badan sendiri”.

Pernah suatu masa dahulu semasa saya di Kolej Matrikulasi, seorang teman dari Pahang yang saya kira agak warak dan begitu menjaga aurat serta adabnya bertanyakan kepada saya.

“Saya tertanya-tanya, kenapa ya ramai yang tak pakai dan tak mahu pakai tudung?”

Sebagai seorang rakan yang kerap bersama-sama beliau, saya menjawab..

.

“Saya jawab dari pendirian saya, bukan nak menegakkan benang yang basah. Terus-terang, andai kata mahu memakai tudung, biarlah dari hati yang ikhlas. Bukan dari paksaan keluarga, mengikut rakan, kemahuan kekasih atau berfesyen. Kerana kalau tidak ikhlas, lambat laun hati akan memberontak. Lihat sahajalah di sekeliling. Berapa ramai yang benar-benar memakai tudung? Saya cakap awak pakai tudung (rakan saya berjilbab dan berjubah). Tapi saya tidak semestinya bersetuju dengan pemakai tudung di luar sana.

Tudungnya di kepala. Tapi pakaiannya kadang-kadang lebih ketat dari saya yang tidak memakai tudung. Lengan  bajunya pendek, kain dan seluarnya senteng. Pernah saya terserempak dengan seorang yang memakai tudung, dengan spaghetti strap dan cardigan yang sengaja tidak dibutangkan. Dadanya tersembul, begitu juga dengan pangkal lengan.

Ada yang memakai tudung tapi perilakunya tidak dijaga. Saya malas nak ulas lanjut. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar.

Saya tak kata saya baik. Tidak. Saya cuma terkilan di situ. Pada saya, wanita muslim yang memakai tudung sebenarnya membawa imej Islam itu sendiri. Bagaimana pula dengan pandangan orang bukan Islam yang melihatkan keadaan ini? Mereka mungkin tidak paham. Mereka mungkin mendapat mesej yang berlainan daripada agama Islam yang mewajibkan umatnya menutup aurat sedangkan yang dilihatnya tidak menunjukkan sedemikian halnya.

Kalau awak mahu tahu kenapa saya tidak bertudung, inilah jawapan saya. Kalau saya memakai tudung, saya mahu membawa imej yang baik. Kalau di zaman 80-an dan 90-an dahulu, yang memakai tudung punya ilmu agama penuh di dada, boleh dijadikan tempat bertanya, begitulah saya inginkan. Sekurang-kurangnya, saya tidak hanya memakai tudung pada nama tetapi juga punya ilmu agama.”

.

Cukup hujah saya di situ.

Saya tidak mereka-reka cerita. Juga tidak menambah bahan perisa. Bukan sekali dua rakan bukan Islam yang bertanyakan soal tudung kepada saya. Kenapa gadis yang bertudung, tetapi masih memakai pakaian yang ketat dan singkat? Bolehkan mereka memegang tangan dengan lelaki dan berpelukan dengan teman lelaki? Kalau kamo di tempat saya, tidakkah malu-malu alah kamo mahu menjawabnya?

Dan apabila rakan yang sedia memakai tudung sejak dahulu, yang saya hormat kerana menutup auratnya berbanding saya pacal yang hina..mula menampakkan rambutnya, hati saya terusik. Kecewa.

One thought on “saya tahu saya tidak layak untuk menegur..

  1. Apa yang anda bicarakan adalah benar. Setiap perkara perlu dimulakan dengan sebuah niat. Niat yang lahir dari hati yang ikhlas. Moga Allah SWT memberikan hidayah dan membuka pintu hati kita semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s