i am changing my 4 years beauty regime

Masa puberty, perubahan pada hormon akan menyebabkan muka akan berubah menjadi berminyak dan masalah acne. Muka saya tidak terkecuali.

Pernah sekali Johnson’s & Johnson’s buat promosi produk pH 5.5 di sekolah. Saya di Tingkatan 1 masa tu. Dapat sample percuma. Sebab terlalu sexcited dapat pencuci muka percuma, terus pakai tanpa rasa ragu-ragu.

Hasilnya? Muka saya naik jerawat yang sangat membencikan. Jerawat kecil-kecil dan juga white heads. Ya, kulit muka saya sensitif.

Di situ bermulanya penyeksaan yang tidak berketepian. Lepas satu, satu produk yang saya cuba nak kembalikan kulit muka kepada asal. Setidak-tidaknya, hilangkan jerawatpun cukuplah.

Nivea, Pond’s, Fair & Lovely, Olay, Oxy, Clearasil? Hampir kesemua saya cuba tapi kesannya tetap mengecewakan. Bertahun saya mencari tetapi kulit muka tetap bermasalah.

Hinggalah ke pada tahun 2006, saya mula pakai L’oreal Pure Zone. Saya pakai cleanser dan toner. Dari hari pertama saya pakai, saya dah terasa kesannya. Saya rasa segar. Jerawat semua mengecut. Butir-butir biru; exfoliating micro-beads dengan formula Iso Bacter begitu sesuai dengan kulit muka saya.

Toner Pure Zone yang menjadi kesayangan saya. Juga dengan formula Iso Bacter yang mampu mengecil dan membersihkan pori-pori muka.

Selepas 4 tahun, memang saya nampak perubahan kulit muka saya berbanding dengan dahulu. Memang masalah acne tu berkurangan!

Sejak dari itu, L’oreal menjadi produk pilihan saya kerana L’oreal bersesuaian dengan kulit saya ini. Saya juga gunakan White Perfect mosturizer, mascara, lipstick. Sampaikan kawan kolej saya menggelarkan saya “Duta L’oreal”.

Tapi saya kecewa kerana sekarang susah benar nak dapatkan L’oreal Pure Zone di mana-mana. Puas saya cari tapi tak jumpa. Yang ada cuma RevitaLift, Hydrafresh dan White Perfect . Tak pasti kalau sudah diberhentikan productionnya tapi memang saya sangat kecewa.

Dan dengan berat hatinya saya beralih kepada Bio-Essence. Saya tidak tahu sejauh mana produk ini akan bertindakbalas dengan kulit muka saya. Saya harap tiada kesan sampingan kecuali memberikan kesan menjadi lebih chantek berseri.

Saya beli yang travel pack sahaja. Pakai buat sementara waktu dan berharap L’oreal Pure Zone kembali semula di pasaran.

Tapi saya juga memakai produk ini. Mulanya dahulu (tahun lepas) saya cuba dengan travel pack. Tapi minggu lepas dah beli set baruuuuu..kopak!

*Update: SK-II yang saya beli ni adalah SK-II Facial Treatment Essence – Miracle Water 75ml sahaja. Tapi sebab masih ada stok untuk promotion box, saya dapat SK-II Facial Treatment Mask, juga SK-II Facial Treatment Clear Lotion 40ml dan 30 keping facial cotton pad. Untuk harga sebotol Miracle Water 75ml (RM 187), saya dapat tambahan 3 items. Berbaloi!!*

Saya menggunakan SK-II, terutamanya Facial Treatment Essence – Miracle Water with Pitera. Dulu saya pakai Miracle Water ni dengan cara yang tidak betul -guna tapak tangan. Insya-Allah lepas ni akan ikut cara beauty-consultant tu advice kemudian tunggu perubahannya. Cuma saya tak tahan baunya yang busuk.

SK-II Facial Treatment Essence – Miracle Water akan saya kekalkan.

iZZie speaks:

Kalau sesiapa terjumpa produk kesayangan L’oreal Pure Zone, tolong beritahu saya.

9 thoughts on “i am changing my 4 years beauty regime

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s