you’re way too beautiful girl

Saya tak tak tahu tang manalah yang beautifulnya . Nak kata belog saya chantek, tidak juga dengan layout yang simple-dimple. Tuan punya belog adalah beautiful? Ngeeee…😀

Pangggggggggggggg!!

Saya dapat award ni dari; Kak Zati, Kak By, Kak Jah dan Kak Mas (mengikut kronologi).

.

Thank and link the person that gave you the award.

Saya tak sangka akan menerima award yang sangat istimewa ini. Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan syukur alhamdulillah kepada Tuhan, keluarga yang menjadi tulang belakang selama ini, rakan seperjuangan, peminat-peminat yang tidak jemu-jemu menyokong. Dan juga terima kasih kepada yang telah mengundi saya..

Panggggggggggggggggggggggggggggg!!!

.

State 7 things about yourself.

  • Saya suka tengok channel AFC/Travel & Living. Saya boleh duduk depan tv dengan menonton Oliver’s Twist, Jamie At Home, Naked Chef, Chef At Home, French Food At Home, Nigella Bites, Fresh With Anna Olsen, Iron Chef, World Cafe Asia, yada yada yada.. Tapi setakat tengok sahaja, tak pernah cuba.
  • Saya akan rasa confident dengan baju yang appealing. Kalau baju tu saya rasa tak chantek, saya akan rasa sangat selekeh dan comot.
  • Ada masalah dengan lutut di sebelah kanan kesan daripada kecederaan semasa bersukan semasa mudanya. Dulu tak rasa kesan, tapi sekarang baru terasa sakit. Lutut kanan ini sudah tidak kuat, walaupun sudah cuba makan supplement yang doktor beri. Masih belum pergi buat rawatan lanjut walaupun sudah digesa oleh doktor kerana takut akan dibedah. Degil, masih memakai high heels walaupun akan memberikan kesan buruk kemudiannya. Sakit woooo.. padahal belum lagi tua.
  • Tidur tidak boleh kurang daripada 8 jam setiap hari, lebih tidak mengapa. Kerana bayi perlukan tidur sekurang-kurangnya 12 jam sehari. Pangggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!
  • Kalau panas sikit, saya akan berpeluh-peluh seluruh badan macham dicurah dengan sebaldi air. Orang lain rileks je di tengah panas cahaya matahari terik tapi saya sudah cair berpeluh-peluh. Saya rasa sangat tidak selesa dengan keadaan ini kerana yang paling nampak ketara adalah kerana peluh merembes-rembes di muka, leher, tengkuk dan belakang. Suhu 27 darjah Celcius pula sudah cukup membuatkan saya menggeletar seluruh badan. Ironi, bukan?
  • Saya adalah daddy’s girl. Abah saya selalu membawa saya ke mana-mana dia pergi semasa saya kecil, memakaikan saya seluar, dan menggayakan rambut saya dengan potongan berambut pendek. Kawan-kawan abah semua ingatkan saya adalah baby boy dengan penampilan begitu, wajah yang sejibik fotostat abah saya, dan juga dengan badan tegap sasa T______T
  • Menchentai Edward Cullen sepenuh hati.

.

Pass this award on to 15 blogger’s you’ve discovered and think are fantastic.

Memandangkan saya ini tidaklah mempunyai ramai kenalan blogger, yang ada cumalah ramai dari rakan sekerja (rata-ratanya sudah dapat award ini), makanya tidaklah saya mempunyai pilihan yang tinggal. Apatah lagi untuk memberikan award ini kepada 15 bloggers.

Tapi saya tujukan award ini kepada semua pengunjung belog saya. Kerana anda semua adalah fantastic! Sekian, terima kasih.

4 thoughts on “you’re way too beautiful girl

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s