call me miss fussy.. I don’t mind

Dah seminggu dihidangkan dengan nasi goreng bila tiba tengah hari. Makan free, jadi tak boleh nak banyak songel. Orang kasi makanpun dah besar rahmat. Tapi disebabkan nasi goreng itu hanyalah nasi goreng semata; hari ni Nasi Goreng Kampung, esok Nasi Goreng Belacan, lusa Nasi Goreng Ikan Masin, tulat nasi goreng.. tubin goreng nasi..

Jangan haraplah nak ada ayam goreng. Yang ada sambal belacan dengan timun sahaja. Dan semestinya bukan saya yang order menu ini.

Saya memang pantangggggg kalau makanan masakan panas macham ni dimasak dengan jumlah yang banyak. Sebab rasa dia akan hilang, sana kurang, sini kurang. Saya suka kalau masakan panas tu dimasak untuk portion seorang makan. Tak kisahlah kalau sepuluh orang order menu yang sama, tapi tetappppp masak asing-asing. Itu baru betul. Rasa makanan tu dapat dikekalkan. Adil. Takdelah orang ni kang dapat lauk banyak, orang ni dapat lauk sikit (sayalah yang selalu bernasib malang dapat lauk sikit tu..)

Sebab itulah peniaga Cina selalu masak dalam portion yang sedikit. Nak kekalkan rasa dan kualiti masakan mereka. Hari ni beli rasa begini, esok masih sama. Tahun depan pun masih begitu, sampai ke anak cucu.

Tadi saya makan laksa. Tapi sumpah tak rasa apa. Masin tidak, tawar hebior je. Saya cuma kuis sana sikit, sini sikit. Lapar. Order Kuey Teow Goreng Basah. Ya ampun.. buta-buta rasa sos cili. Kuey teow rasa tepung, dan sekali lagi tawar hebior. Diaorang ni semua darah tinggi kot? Sudahnya, saya cuma pancing sotong, udang dan ayam. Yang selebihnya saya tolak ke tepi.

Kesimpulannya, hari ni saya lapar.

iZZie speaks:

Ada potensi jadi mak mertua yang cerewet, kan?

9 thoughts on “call me miss fussy.. I don’t mind

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s