Kata doktor, saya mengalami stress yang membawa kepada depresi

Wajah saya tiada senyuman. Jika adapun, secarik senyuman yang dibina di atas suatu keterpaksaan.

Saya berjalan dengan langkah paling longlai. Tidak sedar langkah diatur, kaki melangkah dalam keadaan tidak sedar. Pandangan saya tepat ke hadapan tidak berkelip, minda saya kosong.

Perilaku yang hampir membuatkan saya dilanggar sebuah kereta kerana tidak sedar akan persekitaran.

Saya melangkah lagi. 111 mata anak tangga sudah saya daki hinggakan saya tidak sedar sudah sampai ke penghujung. Yang saya tahu, saya sudah di pintu rumah sewaan saya.

Saya masuk ke dalam rumah, terus menuju ke dalam bilik. Beg sandang dan beg tangan diletakkan ke lantai. Badan saya hempaskan ke katil. Bantal saya basah. Tangisan menyapa lagi hari ini.

11 thoughts on “Kata doktor, saya mengalami stress yang membawa kepada depresi

  1. dah agak dah…sebab kamu bersikap lain…jauh dalam sudut hati saya merasakan kamu tengah berduka lara…tp saya tidak berani ganggu emosi kamu ..kerana emosi saya juga tidak bagus buat masa ini ;(

    • saya tidak tahu bagaimana mau menerangkan yg saya tau itu adalah kamo..mungkin kerana aura concern itu dapat saya rasakan..
      dan mungkin juga kerana cctv saya sudah siap dipasang di premis tempat kamu bekerjašŸ˜‰

  2. Pingback: melayan karenah manusia adalah sangat memenatkan! [part 1] « i.Z.Z.i.e

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s