Konsert Suatu Masa – Amy & OSK

Bulan ni dah dua kali mencemar duli ke Istana Budaya. Tapi ini adalah kali pertama saya dan Mr.K pergi menonton konsert bersama-sama. Konsert muzikal Amy Search “Pheeewwiiittt!!”

Hujan lebat tak mematahkan semangat. Mr.K begitu teruja mau mendengar lagu popular nyanyian Amy Search, Isabella. Saya pula, Fantasia Bulan Madu.

Yang datang cukup ramai untuk memenuhkan Panggung Sari. Tidak sahaja kaum Melayu malahan kaum Cina juga ramai yang hadir. Saya kira, impak lagu Isabella begitu kuat sekali! Konsert bermula jam 8.45 malam. Tapi terlebih dahulu terpaksa mendengar celoteh emcee yang begitu berjela-jela, berulang-ulang dan bosan!

Konsert ini adalah menceritakan tentang perjalanan hidup seorang anak seni yang popular dengan nama Amy.

Persembahan Amy dimulakan dengan lagu-lagu rock ketika Amy mula menyanyi dengan Search. Jelas dengan rambut palsu yang keriting, seluar PVC hitam, jaket kulit, dan boot. Amy bukan sahaja beraksi di atas pentas malahan semasa menyampaikan lagu “Kerja Gila”, hampir separuh lagu beliau beraksi di kalangan penonton bersama-sama peminatnya di tingkat 1 Panggung Sari.

Amy membuat suatu fusion dengan menggabungkan muzik rock dengan seni muzik India klasik. Petikan gitar elektrik dan sita bergabung dan kadang-kala seolah-olah kedua-duanya bertarung sesama sendiri dalam pertandingan muzik yang begitu indah. Cuma saya rasa penyanyi Baratha itu agak overdoing.

Babak kedua beralih dengan set yang lebih nampak mewah. Di sini sudah nampak suatu transformasi diri Amy yang lebih dewasa. Sepanjang di babak kedua ini, Amy menyampaikan lagu-lagu slow rock. Secara peribadinya, saya lebih gemarkan babak kedua ini. Lagu-lagu disampaikan dalam medley.

Babak ketiga memaparkan perubahan Amy yang saya kira mewakili transformasinya yang terkini. Babak ketiga adalah berkonsepkan ketuhanan. Lagu-lagu yang disampaikan juga begitu. Dan yang begitu menarik perhatian saya adalah apabila tabir disingkap dan terserlahlah barisan Orkestra Seni Kebangsaan (OSK), pemain dram, gitar dan penyanyi latar.

Sepanjang dua jam persembahan, hampir 20 lagu yang disampaikan. Amy bukan sahaja menyanyi malahan bermonolog dengan dirinya sendiri. Yang saya nampak agak kaku. Dibantu oleh pendukung-pendukung watak yang lain dan juga korus-korus.

Okey, terimalah komen dari saya sekarang..

Secara keseluruhannya, saya agak kecewa dengan konsert muzikal Amy ini. Pertamanya, kerana lagu Isabella. Saya kira, tentulah para hadirin semua menjangkakan lagu Isabella akan menjadi keutamaan dalam konsert ini kerana lagu itu begitu popular.

Tapi lagu Isabella itu hanya disampaikan dalam bentuk medley! Dahlah begitu, rangkap yang dinyanyikan juga sudah di hujung-hujung. Sedangkan semasa di dalam babak pertama, lagu-lagu rock Amy yang pada saya agak ‘membingitkan telinga’ dinyanyikan dari mula sampai habis. Tapi tidak bagi lagu Isabella. Yang lebih merobekkan hati saya adalah apabila lagu Fantasia Bulan Madu langsung tidak dinyanyikan Amy. Cuma muzik yang diiringi oleh nyanyian suara latar semasa penutup konsert muzikal ini.

Suara Amy juga kadang-kala tenggelam timbul. Malahan semasa lagu “Kepadamu Kekasih”, saya menjangkakan Amy akan melagukan lagu tersebut dalam pitching yang tinggi tetapi tidak. Amy hanya melagukannya dalam nada rendah yang saya dengar seolah-olah bercakap.

Cuma saya suka benar Amy menyanyikan semula lagu M. Nasir – Suatu Masa.

3 thoughts on “Konsert Suatu Masa – Amy & OSK

  1. ::saya juga sukak lagu suatu masa itu…sungguh meruntun !!

    Entahkan kau rasakan
    Apa yang aku rasa
    Atau kau tak endah

    ohhh~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s