saya terima kenyataan bahawa ini bukan lagi baby fat tapi lemak degil

Saya tak tahu nak cakap macham mana. Yang pastinya, entry kebelakangan ni memang asyik saya mengadu pasal gemuk gemuk gemuk. Takde yang lain melainkan mengeluh yang saya dah gemuk, dah montel, dah bulat.

Ni lagi satu entry pasal gemuk.

Saya tak nafikan yang saya kuat/suka makan. Saya juga malas/liat nak bersenaman. Melainkan kuak lenteng, kuak kupu-kupu, dan free style di atas katil. Pernah saya terbaca di dalam majalah bahawa tidur itu juga adalah suatu senaman. Bermulanya dari hari itu saya berpegang kepada tips yang saya baca dari majalah tersebut.

Saya makan sesedap rasa, tanpa mengira masa dan ketika. Saya suka dengan makanan yang manis dan berlemak. Dan tidak dinafikan, tong saya ni memang mempunyai kapasiti yang besar. Tak hairanlah saya boleh makan macham bela hantu raya.

Tapi sejak dua menjak ni memang badan saya sudah berubah bentuk. Jadi macham segi empat tepatttttttt! Seluar memang sendat. Bukan takat seluar jeans, slacks, shorts dan yang sewaktu dengannya sahaja. Malahan bila pakai panties pun rasa ketat yang amat sampai punggung pun nampak berbonjol-bonjol. Ini baru aje saya naik beberapa kilo, tak dapat saya bayangkan kalau saya jadik mak buyong atau sudah menginjak tua *pengsan*

Alasan baby fat yang sering saya guna itu adalah denial semata-mata. Ini bukan lagi baby fat sebab rasanya saya sudah berhenti meninggi ‘ke atas’. Cuma mula meninggi ‘ke tepi’.

Dalam pada asyik memerli saya, dan kerana hati ni mudah sangat terguris dan emo.. saya rasa seolah-olah saya tidak lagi presentable di mata Mr.K. Saya rasa dia tidak lagi sayang saya bila saya sudah semakin gemuk. Sebab saya nampak begitu bulat gemuk gedempol. Buruk. Lebih-lebih lagi muka saya *lap air mata*

Namun beliau menafikannya. Katanya dia tidak kisah saya gemuk *terharu* tapi yang dirisaukannya adalah kesihatan saya. Saya tidak langsung mau bersenam dan makan sahaja. Mungkin akan memberikan kesan sampingan sedangkan saya masih muda belia.

Saya disarankan supaya mulakan lakukan aktiviti senaman. Sebagai memberikan sokongan moral, malam tadi walaupun keluar bersama-sama tetapi tiada makan malam. Mungkin juga selepas ini. Mungkin itu cara beliau mau saya mulakan diet. Dan selepas ini, mengamalkan pemakanan yang sihat (walaupun saya tau saya mungkin tidak dapat bertahan).

Saya tak mau berjanji dan bercita-cita tinggi. Tapi saya akan cuba.

4 thoughts on “saya terima kenyataan bahawa ini bukan lagi baby fat tapi lemak degil

  1. Stumbled upon your blog. Lawak sungguh la entry ini. Saya juga in denial pasal lelemak tepu di badan. Baby fat at 32 is NOT possible. Hehehehe….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s