luka lama berdarah kembali..

Hari semalam saya ceria. Eh, tidak! Hari saya semalam tidaklah bermula dengan begitu ceria. Tetapi apabila hari mula menginjak ke petang..segalanya berubah.

Gembira kerana akan dapat berjumpa dengan Angah. Kebetulan hari Ahad adalah hari jadinya. Mr.K juga dapat sertai makan malam yang tidak dirancang.

Tepat jam 6.30 petang, saya naik ke tingkat 30 tetapi lif terlebih dahulu berhenti di tingkat 22. Tanpa dipinta dan diduga, yang masuk ke dalam perut lif adalah semangat padi saya!

Perlu ke saya ulang siapakah beliau? Tidak perlu! Hahaha..

Oh, hanya kami berdua sahaja di dalam lif itu. Entah mengapa, lif yang saya naiki itu terasa begitu laju sekali! Sekejapan sahaja saya sudah sampai ke tingkat 30.

Dia tegur saya, saya balas. Saya tanya dia, dia jawab balik. Aaahhhh… indahnya dunia ku rasa.

Sesampainya di tingkat 30, laptop saya simpan di dalam laci. Telefon dicapai, nombor didail. Mr.K di sebelah sana. Abang Bobo melintas, lalu saya gamit dia. Lama benar tak bergosip.

Katanya muka saya nampak begitu ceria. Dia serkap jarang, saya akan keluar dating dengan Mr.K dah oleh sebab itu muka saya begitu ceria sekali. Akan tetapi katanya, muka saya ceria yang lain daripada biasa. Tekaannya betul. Saya bertambah ceria kerana baru sahaja dapat bersama dengan semangat padi saya..

Namun langit tak selalunya cerah..

Tiba-tiba, Abang Bobo tegur yang lengan saya besar sungguh, lebih besar daripada lengannya. Dan seluar yang saya pakai adalah ketat. Katanya saya sudah semakin gemuk.

Hey, lengan ni besar sebab baby fat lah!

Mr.K jemput saya dari pejabat dan langsung ke Pappa Rich di Old Klang Road. Saya terus buat aduan rakyat. Malangnya, beliau tidak langsung memihak kepada saya malahan mengiyakan segalanya.

Dan bila Alex serta Angah tiba, saya cuba untuk mengadu nasib sekali lagi. Alangkah sedihnya bila saya langsung tidak mendapat sokongan malahan saya diakui makin menembun-nembun macham dipam-pam.

Hey, lengan ni besar sebab baby fat lah!

3 lawan 1. Saya tunduk mengalah. Apa lagi pabila Angah dan Mr.K sendiri bukan main lagi kuis-kuis lengan saya sambil memerhatikan lemak bergegaran. Siap ukur lagi berapa besar ukurlilit lengan saya.

Alex pun sama! 2×5!

Tak terlepas dari pandangan, muka saya yang semakin membulat. Dagu yang semakin berlapis, punggung yang semakin berisi, paha yang besar kayu balak.

Bila menonton Alice In Wonderland di Mid Valley, separuh hati jadinya. Fikiran melayang kerana gemuk semula. Semula? Ya, dulu kakak-kakak dan abang saya panggil saya Blue Hippo.

Sebab sayalah yang paling gemuk dulu. Eh, sekarang pun! Memang title tu tak pernah orang lain yang pegang kecuali saya. Dulu, kini dan mungkin selamnya.

Dan hati saya sangat sedih. Saya sudah gemuk. Mr.K dah tak sayang saya ke?

7 thoughts on “luka lama berdarah kembali..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s