Sri Mersing

Mulanya saya teruja nak melihat dengan lebih dekat lakonan Dato’ Mustapha Ma’arof. Seorang yang sering memegang watak anak raja dalam filem Melayu dulu. Bukan kerana Adi Putra, dan bukan kerana Elly Mazlein.

Di Istana Budaya, sambutannya tidaklah sehangat PGL, Mahsuri mahupun Natrah. Parking lot masih ada yang kosong walaupun sudah jam 8.10 malam.

Dan sebelum terlupa, saya berselisih dengan Dato’ Rahim Razali. Suara beliau juga mempesonakan.

Di ruang lobi, dapat saya lihat yang datang dari pelbagai lapisan umur. Tapi kali ini, ramai benar golongan emas yang datang. Mungkin naskah Sri Mersing yang dimasyurkan ini adalah rapat dengan mereka yang sezaman dengan cherita asal filem klasik ini ditayangkan dahulu di mana Allahyarham Nordin Ahmad memegang watak Damak dan Datin Hajjah Rosnani Jamil sebagai Sri Mersing.

bangga jadi anak Pahang (celup)

Kali ini tempat duduk Mr.K dan saya betul-betul di hadapan pentas, di sebelah kanan. Rekaan pentas juga berlainan, semacham ada pentas seperti pentas catwalk yang dibina di hadapan pentas utama. Di tengah-tengahnya pula ada sebuah sampan.

Tepat jam 8.45 malam, selepas lagu Negaraku dinyanyikan.. persembahanpun bermula. Dimulakan dengan babak di mana seorang pemuda yang mengayuh sampan dari pentas utama. Dan kemudiannya berlabuh di muara sungai, sambil pemuda itu menolak sampan kecil. Sampan kecil yang berada betul-betul di hadapan tempat duduk saya. Tiba-tiba terdengar suara kecil yang berbunyi..

“Ibu, tak ada air pun dalam tu.”

Ketawa pecah seisi Panggung Sari yang di sudut kanan itu.

Sri Mersing adalah persembahan Bangsawan. Sepanjang persembahan, pujian saya berikan kepada rekaan props yang begitu menarik mata memandang. Suasana kampung masyarakat Melayu begitu chantek dengan pokok  kelapanya, dengan rumah beratap nipah, dengan telaga di luar rumah, dengan meja buluh di warung.

Tidak cukup dengan props, mata juga dijamu dengan pendukung-pendukung watak yang berbadan sasa. Mana tidaknya, hampir kesemua pelakon lelakinya menampakkan dada bidang dan bertubuh tegap. Pendukung-pendukung watak wanitanya pula comel-comel belaka.

Saya begitu teruja bila pelakon veteran Mustapha Ma’arof dan Datin Hajjah Rosnani Jamil beraksi. Sememangnya lakonan mereka begitu berkesan.

Mak Nani, Mustapha Ma'arof, Melissa Saila

Pendukung-pendukung watak yang lain juga tiada kurangnya. Lakonan Rusdi Ramli dan Melissa Saila memang tidak disangkal lagi. Watak Awang Sulong lakonan Yus Raja Lawak juga patut diberi pujian.

Apabila tarian Zapin Parit Mastar dan tarian joget ditarikan, hati saya sungguh berbunga riang. Sungguh! Saya begitu gembira. Seolah-olah 2 dalam 1; persembahan tarian Tradisional Melayu dan teater Bangsawan.

Nyanyian Dondang Sayang Azizah Mahzan dan Abu Bakar Juan begitu menghiburkan diiringi gesekan biola yang merdu.

Nyanyian Elly Mazlein begitu mendayu-dayu. Cuma pincang apabila tiba giliran Mak Nani, beliau hanya miming tetapi menundukkan muka seolah-olah mau mengelak daripada memandang penonton. Alangkah elok andai beliau lip sing dan mengangkat mukanya.

Pengarah - Rosden Suboh

Oleh kerna babak pergaduhan yang agak kasar, mikrofon Merah (Hairi Anak Wayang) tidak berfungsi. Tapi beliau bijak mengawal keadaan dengan melontarkan vokal dengan lebih tinggi agar dapat didengari oleh seluruh Panggung Sari.

Nampak agak canggung juga apabila Damak memegang parang di tangan kiri. Kidal rupanya Damak versi Adi Putra ni.

Ada tika dan masanya sound system dan muzik latar tidak kedengaran begitu baik.

Antara babak yang paling saya memberikan kesan kepada saya adalah di mana Sri memohon kepada ayahnya, Pak Malau agar menghentikan rancangan perkahwinan dengan anak Penghulu, Awang Sulong. Dan juga dalam babak Sri merayu-rayu agar Damak tidak meninggalkan bumi Mersing dan pulang ke Pahang. Begitu syahdu sekali lakonan Elly Mazlein.

Dan sudah semestinya yang paling mendapat tepukan gemuruh adalah Adi Putra apabila melafazkan serangkap pantun yang saya kira begitu popular di kalangan kita semua..

.

Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang hamba mengkuang layu,

Dagang Pak Malau dagang bertempat,

Dagang hamba musafir lalu.

.

Tidaklah saya merasa puas menonton sekali teater Sri Mersing ini. Kalau sebelum ini saya agak kecewa dengan Natrah dan Mahsuri, tetapi tidak bagi Sri Mersing.

Terkilan juga sebab pegawai bertugas tak benarkan ambil gambar walaupun sewaktu curtain call. Tak patut! (tapi saya ambik jugak 2-3 keping!)

Oh ya, kalau mahu pergi menonton masih sempat lagi. Tapi pastikan duduk di sebelah kiri😉

Terima kasih buat Mr.K yang tetap menemani dan melayani karenah tuan punya belog. Diharap tidaklah beliau terasa hati apabila saya teruja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Damak (yang tidak berbaju) dan tidak langsung menghiraukan beliau di sisi.

2 thoughts on “Sri Mersing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s