opposite attracts..

Chegu Sains masa Form 3 dulu ada ajar pasal magnet. Magnet yang sama kutub akan menolak, yang berlainan kutub akan menarik antara satu sama lain. Melekat.

Saya kutub Utara, Mr.K kutub Selatan. Melekat disebabkan tertarik di antara satu sama lain kerana mempunyai kutub yang berlainan.

Kalau nak dikirakan persamaan (something in common) yang ada di antara saya dengan Mr.K, memang boleh dibilang dengan jari tangan tanpa melibatkan jari kaki. Sikit sangat.

Kalau something not-so-in-common pulak, memang tak cukup jari kaki.

Contoh;

.

Beauty and The Beast

I am the Belle, and he is the Beast Prince. Ngahahah.. Okay, not funny!

.

He is just not into my Art

Kalau nak cakap pasal art, memang ada a huge gap between us. Whatever I am so into, Mr.K langsung tak minat. Mari cakap pasal tarian.

Masa mula-mula kenal dulu, saya bagitaulah yang my interest is dancing. I dance traditional dance since I was small. Biasalahkan, nama pun nak mula berkenalan. So go through ice-breaking phase lah masa tu. Sembang pasal, what I like, what I usually do, where do I hang out, bla bla bla.

He showed how interested he was. He would love to see me dance one day on the stage. Skali, bila saya ada persembahan pentas, Mr.K tak showed up pun.

Dan bila saya betul-betul nak join class for Ballroom dancing, bila saya nak try Salsa, Mr.K tak berminat.

Tapi dia suka pole dancing dan tarian bontot Pussycat Dolls tu. Heh!

Teater? Saya cuba untuk melibatkan beliau dengan apa yang saya suka. Teater yang saya perform beliau tak datang, jadi saya bawak beliau tengok teater di Istana Budaya supaya beliau tahu bagaimanakah teater.

Rupanya Mr.K setakat menemani saya selama ini. Beliau masih tidak meminati atau faham apa-apa berkenaan dengan teater ataupun seni tari yang saya minati.

Tiba-tiba rasa sangat sedey..

.

Food & Cuisine

Saya makan segala benda. Tolak batu dengan kayu je. Eh..batu dengan kayu pun saya makan. Jambu batu and ikan kayu tu saya pun tibai.

Dan saya suka makanan yang pedas-pedas.

Tapi Mr.K tak. Seafood dia tak makan. Makanan pedas pun yang tahap langsung-tak-pedas di lidah saya. Makanan Melayu ni dia kurang. Asam pedas? Laksa? Laksam? Soto? Masak Lodeh? Apakah itu? T______T

Tapi beliau suka makan Sambal Tumis.

.

Opinion

Yang ni memang paling banyak ketidaksamaan. Kalau kena je topik yang sensitive, mesti boleh argue on the phone sampai berjam-jam. Padahal kalau sembang biasa-biasa tu dalam 5-10 minit je.

Cuba cakap pasal “Ketidaktentuan Ekonomi Malaysia” or “Malaysian Leaders”.. sumpah saya rasa sangat kerdil.

Pendek kata, apa yang saya suka.. beliau tidak suka. Lagu pun takde persamaan. Football team, F1 team, Badminton etc etc.

.

Interpersonal & soft skill

Kalau nak dikira dari cara dan perwatakan beliau, memang sangat berbeza dengan saya.Totally different.

Saya sering dipengaruhi oleh emosi. Mudah sangat mellow. PR skill saya yang boleh campak ke longkang, problem solving skill yang macham sampah.

Beliau? Malas nak cakap. Tiba-tiba rasa kerdil lagi..

.

Tapi beliaulah tempat saya mengadu kalau hati sakit. Beliau yang selalu jadik pendengar dan penasihat tidak berbayar. Walaupun selalu kadang-kadang beliau memberikan komen-komen yang sangat sarcastic.

Dan suatu persamaan yang saya rasa kami kongsi hingga ke hari ini..

We heart each other

3 thoughts on “opposite attracts..

  1. Iz, akak pegang satu ayat yg smpi skang akak guna… kekurangan dan kelebihan atau ketidaksamaan itulah yg saling melengkapkan antara satu sama lain…🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s