secawan ais krim, sebuah beg plastik dan sebungkus nasi..

Hari tu saya pergi beli tiket bas di Stesen KTM Kay El. Dalam perjalanan balik, Mr.K lalui jalan yang sedang under construction. Di simpang yang menghala ke KL Sentral maksud saya.

Mr.K berhenti di simpang sebab traffic light kaler merah. Dan menjadi co-pilot, saya semestinya berada di sebelah kiri. Dan di sebelah kiri saya betul-betul construction area.

Waktu tu pukul 8.45 malam. Saya dalam kereta yang selesa dengan pendingin hawa. Sambil mendengarkan lagu-lagu dari corong radio Hitz.fm. Dan saya sedang asyik menyuapkan ais krim Strawberry Sundae yang dibeli di Mc D.

Tiba-tiba saya terpandangkan pekerja-pekerja buruh binaan di situ. Sedang berehat di suatu sudut. Duduk, 2 orang di sudut itu. Dan seorang lagi sedang berdiri. Menghulurkan sebungkus beg plastik.

Dan tiba-tiba saya terkedu apabila terpandangkan beg plastik itu disambut. Isinya diambil, lalu dibuka. Sebungkus nasi. Dijamah di tengah-tengah kesibukan arus kenderaan. Bermejakan jalan tar hitam, berbangkukan surat khabar lama.

Sebak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s