sayangkan anak, tangan-tangankan.. sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan..

Saya bukan anak, dan saya juga bukan isteri kepada Mr.K.. tapi dalam situasi bulan ini memang saya akan kerap ditinggalkan. *nanges*

Mari ikuti kronologi sepemergian Mr.K nanti..

8th – 9th: “Ooooohhhhh.. uniknya uniknya uniknya.. Singapura!!” Roaming Maxis Mr.K ada problem. Jadi beta tidak dapat berhubungan dengan beliau. *down*

12th – 14th: Langkasuka. Beta lagi suka kalau beta boleh turut serta. Oleh kerana beliau bekerja, semestinya tidaklah dapat beliau menghiburkan hati beta ketika di sana. Lalu beta beralah sahaja. Diharapnya dapatlah beta ole-ole, coklat barang sekotak dua. (Oh, it rymes!!)

18th – 21st: Ini yang paling membuatkan beta bermuram durja. Kerana tidaklah ada ia melibatkan soal kerja. Sekadar berliburan sahaja. Dan lebih mendukacitakan hati beta, tiadalah adanya beta dapat mencemar duli berangkat sekali (ada siapa-siapa bertepuk tangan dan bersuka hati beta tidak ikut bercuti??). Ke manakah Mr.K akan pergi?? -BALI. Untuk kesekian kali!!  (Damn, it rymes bebeh!!)

Bayangkan betapa hibanya hati beta. Mulanya dikatakan akan ke Hong Kong Disneyland. Kemudian dibatalkan kerana terlalu mahal memandangkan tempahan dibuat di saat-saat akhir. Dari Hong Kong, diubah ke Jakarta. Ini juga merobek hati beta. Dan entah bagaimana, Jakarta ditukar kepada Bali.

Bukanlah beta mendabik dada ke mana perginya Mr.K ke luar negara. Cuma beta ingin mengatakan bahawa, beta tidak biasa ketiadaannya di sisi beta. Arakian, hancur luluh hati beta.

Tiadalah adanya beta dapat bersama-sama melakukan aktiviti sepertimana kebiasaannya. Tiadalah beta dapat ke Carrefour bersama-sama Mr.K sambil beliau menarik bakul, manakala beta jalan ke hadapan memilih barangan yang ingin dibeli dengan senarai keperluan di tangan.

Tiadalah jua dapat bersantap bersama-sama. Tiadalah jua dapat mendengar syarahannya dengan menatap wajahnya yang tiap kali beta akan membuat muka kala beliau memberikan hujahnya. Tiadalah jua tempat bergurau senda, berlawak jenaka, ketawa bersuka ria. Dan tiadalah jua dapat beta menumpang kasih sepanjang pemergiannya meninggalkan beta di Tanah Melayu ini seadanya. (Oh, it rymes again!!)

Call me clingy or spoil brat. But I just need my man to be by my side..

2 thoughts on “sayangkan anak, tangan-tangankan.. sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s