bulu roma, bulu kaki, bulu ketiak & bulu teeeeeeetttttttttttt….!!

Sesi bercakap pasal bulu.

Semalam bersembang-sembang dengan housemates. Tetiba masuk topik kulit kering. Housemate saya tu cakap, kulit dia kering sebab tak pakai losyen.

Saya cakap, pakai je la losyen. Tapi dia kata, kalau pakai losyen nanti bulu jadi panjang. Pemakaian losyen itu akan menyebabkan bulu roma jadi lebat dari biasa.

Terus saya pandang lengan saya.

Saya tengok betis saya.

Lega..

Sebab bulu roma kat tangan saya adalah licin.

.

.

.

.

.

Licin sebab saya cukur! Ha ha ha…

Tapi kan.. kalaulah saya tidak cukur bulu-bulu sekalian itu, saya yakin bahawa memang akan menampakkan dengan jelas bahawa bulu roma dan bulu kaki saya adalah lebat dan panjang.

Memang betullah kot pakai losyen yang sebabkan tu semua. Pasal dulu, bulu-bulu sekalian adalah tidak sebegitu rupa.

Tapi saya jenis yang tak suka dengan bulu yang berselirat di sana sini. Jadi saya buang bulu-bulu sekalian  itu.

Dulu saya pakai Veet. Tapi sangat malas nak kena apply cream, remove dengan spatula kemudian nak ulang menda yang sama berulang-ulang kali sebab skali pakai je bukan semua bulu boleh hilang.

Wax?? Oh, menyakitkan. Tak sanggup nak mengalami perasaan bulu-bulu disentap dengan rakus. Macham kena kejutan elektrik.

Jadi, cara yang cepat dan mudah adalah menggunakan shaver. Saya guna Schick, kaler pink tuuuu. Lepas cukur, sapu losyen. Kesan sangat menakjubkan. Kulit nampak berkilat dan gebu tanpa bulu-bulu.

Memanglah bulu-bulu sekalian akan tumbuh dengan cepat dan akan menjadi tajam menikam. Langkah yang perlu diambil adalah sentiasa bercukuran dengan kadar yang kerap.

Cuma saya sangat bertuah. Sebab ada kawan-kawan yang buat macham mana saya buat.. tapi kesan sampingan sangat teruk.

Bulu akan bertukar menjadi kasar, lebat dan kerinting. Jadi macham bulu kaki orang lelaki tu. Bayangkan???!! Bayangkan bulu gulung-gulung, kasar, lebat dan hitam kat lengan and betis!! Sungguh tidak seksiiiiii!!! *pitam*

Bulu ketiak??

Itu jangan sesekali cuba-cuba or berani-berani nak cukur. Kang tak pasal jadik orang utan. *pitam*

Bulu teeeeettttttt???

Pandai-pandai sendiri ahhhh.. Takkan itu pun nak kena cakappppp?? Jangan dibiarkan menjadi hutan rimba *pitam*. Keep it neat and tidy, okay! Teeeeetttttttt…

iZZie speaks:

Hukum mencukur bulu? Kelik sini.

Wallahualam.

iZZie speaks again:

Ada yang check lengan, betis, ketiak sendiri dan yang sewaktu dengannya lepas baca entry ni? He he he he..

About these ads

8 thoughts on “bulu roma, bulu kaki, bulu ketiak & bulu teeeeeeetttttttttttt….!!

  1. hehehehehehehehehehehe..hahahahahahahahahaha..kekekekekekek.. lagi sekali post anda menceriakan hari saya;D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s