Centre Foot Massage

Dah lama rasanya tak pergi urut kaki. Last skali pergi masa kat Bali dulu kot? Orang yang selalu nak urut-mengurut ni adalah Mr.K.

Semalam saya tido dari lepas Asar santak ke Isyak. Mana otak tak bengap kalo asik tido waktu petang nak ke Maghrib. Tapi nak buat macham mana..penat sangat. Tido pun tak sedar dah.

Sampai Mr.K telefon ajak  light dinner pun boleh tolak. Tu maknanya memang penat sangatlah tu.

Dah celik mata, Mr.K tetiba ajak pergi foot massage. Kali ni pergi yang kat Taman Desa je. Dekat sikit.

Centre Foot Massage. RM 38 untuk sejam urutan kaki. Service okey jugak tapi tempat dia takde lah posh macham Oriental Blitz Reflexology yang selalu pergi kat Solaris Mont Kiara tu.

Cuma kat sini, Chinese Tea served with fruits. Semalam dihidangkan dengan potongan epal. Urutan, biasa-biasa aje. Mula dengan rendam kaki dalam air herba yang suam-suam panas.

Kemudian bahu, tengkuk dan belakang diurut dalam 5 minit macham tu. Disambung dengan urutan kaki.

Staff kat sini pun memang Chinese. Chinese yang asal dari China. Macham mana saya tau? Slang Mandarin dia lain sangat dengan Chinese yang kat Malaysia ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s