salah percaturan

5.30 pm – Hujan turun. Tidaklah lebat, kalau redah tidaklah basah. Angin agak kuat. Tidaklah sampai menerbangkan sesiapa. Malas nak patah ke tingkat 30 ambil payung. Tapi telefon Ayu Kama, pesan yang hujan mula turun dan sila sediakan payung kalau nak balik rumah. Kalau tak ada payung, sila ambil sekaki payung saya itu. Tanpa diminta, saya meminjamkan.

5.35 pm – Lalu bawah Menara macham hari tu. Kat lobby ada MPH tengah buat sale 20%. Singgah kejap, manalah tau kot-kot hujan kat luar berhenti terus ke..

6.45 pm – Hujan tak berhenti langsung tapi makin lebat, angin makin kuat, guruh berdentum, kilat memancar. Dah penat berdiri di Menara. Saya putuskan untuk tunggu di stesen Kerinchi. Sekurang-kurangnya boleh duduk. Kalau hujan dah sidang sikit, boleh saya lari pecut balik rumah.

7.40 pm – Hujan tak menunjukkan akan berhenti. Tersadai di stesen Kerinchi sambil menghabiskan masa dengan membaca novel Emily Bronte yang baru dibeli tadi.

7.50 pm – Pah Bedah menjemput saya dari stesen Kerinchi dengan sekaki payung.

Saya terperangkap lebih 2 jam kerana salah percaturan dan kemalasan semalam. Sedangkan perjalanan dari rumah saya ke pejabat tidak sampaipun 10 minit!

4 thoughts on “salah percaturan

  1. tips:-
    1. kalo nk blk tu trs blk jgn nk menyinggah2… ni plg penting ye adik2…
    2. jgn assume yg ujan leh benti kalo awn tu nmpk dh gelap sgt…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s