diet regime by Izzie Zin for Izzie Zin ONLY

Sejak balik dari cuti CNY yang seminggu itu, orang pertama yang memberikan komen yang paling sedap didengar adalah tak lain dan tak bukan -Mr.K.

“YOU ARE FAT!!”

Like I need to hear that -again!!

Okay, fine!! Sila salahkan kakak saya sebab memasak tanpa henti untuk adik kesayangan.

Tapi memang seminggu duduk kat umah tu kerjanya adalah maaaaakkkkkaaannnnn sahaja tanpa henti. Sebab yang paling utama -panas! Kepanasan yang melampau sampai duk kat umahpun terasa letih semacam je. Benda yang paling afdal dimakan masa musim panas membakar sedemikian adalah aiskrim.

2 tubs aiskrim 1.5L Walls Paddle Pop Rainbows dan Vanilla habis dalam masa 2 hari sahaja.

Belum lagi kira Coke, Ice Cream Soda yang berbotol-botol ditelan dengan rakus tanpa henti. Tu suma tu gulaaaa tuuuu.

Tambah pulak kakak kesayangan bercuti seminggu jugak demi adik tersayang. Adik tersayangpun jadik malas. Tak payah nak susah-susah kemas rumah, basuh baju, mop lantai bagai.

Bangun tido mau pukul 11am. Bangun tido pun sebab dah kena pekik sebab tido sampai meninggi hari. Mandi, terus makan makanan yang dimasak dengan penuh kasih-sayang oleh kakak kesayangan yang tersedia menanti di atas meja.

Cakap je nak makan apa?? Nak minum apa?? Carrot susu?? Lemonade?? Teh ais?? Suma akan disediakan.. ha ha ha. Heaven!

Tu baru lunch. Petang skit ada buat makan lagi. Lempeng kelapa la, cucur udang la, kuih itu la, kuih ini la.

Malam??

Nasik lagik hokey!! Nasikkkkk!!

.

Namun demikian, sila lah ketahui bahawasanya muka saya ini sudah sedia bulat. Bukan bujur sireh dan bukan juga berbentuk hati yang tirus runcing. Saya kurus ke… saya gemok ke.. muka ini akan tetaaappppppppppp booooolaaaattttttttttt.

Yang akan nampak beza adalah lengan saya, perut gendut saya dan juga paha saya. Alangkah bestnya kalau segala kegemukan itu berpindah ke suatu anatomi badan yang seterusnya akan membawa kepada perubahan saiz ‘cawan’.

Saya boleh makan tidak kira masa. Tengah malam pun jadik. Kalau dah kira supper pun, saya boleh amek makanan yang berat-berat. Pernah saya makan supper (yang konon-kononnya masa itu saya tengah on diet) Mc D Prosperity Beef Burger Double, large set. Twister Fries memang tiada masalah untuk saya habiskan. Tapi apabila melihatkan burger yang sangat besar itu, konon-kononnya saya rasa bersalah pada diri sendiri dengan kalori dan kolesterolnya nanti. Terus saya tolak tepi Prosperity Burger itu..

Cuma saya makan 2 keping daging itu je.. On diet lah katakan!

.

Dan bermula dari minggu ini, saya akan cuba mengubah polar pemakanan saya..

  • Saya sudah tidak lagi makan nasik lemak RM1 dan karipap tiga-seringgit yang saya beli RM2 untuk breakfast saya. Perhatikan DAN di situ, bukan ATAU.
  • Saya breakfast dengan susu Marigold HL, susu Dutch Lady atau susu soya. Juga roti 2 keping.
  • Saya sudah mula mengurangkan kuantiti nasik yang saya ambil untuk lunch. Dari 3 senduk kepada 2 senduk. 2 senduk yang ada bukit.
  • Lauk kegemaran iaitu masak lemak yang tidak kiralah lemak apa skalipun saya tidak makan hari-hari lagi. Mungkin seminggu sekali lepas ni.. sob sob.
  • Kalau saya lapar di waktu petang, saya makan buah epal yang saya bawak dari rumah. Sudah tidak makan pau inti kacang merah kesukaan untuk minum petang lagi.
  • Dinner; saya cuba kurangkan makan dengan hanya mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan (ni baru je mula regime ni). Regime ini akan terbatal sama sekali tanpa merasa terkilan apabila ada dinner date dengan Mr.K atau dengan kawan-kawan.
  • Suatu menda yang saya masih tak mampu lakukan adalah exercise. Berjalan kaki dari rumah-ofis-rumah masih lagi saya kira sebagai senaman. Oh, alasan yang sangat lame! Sila temankan saya swimming. Di kediaman saya sekarang ada swimming pool.

Tapi susahlah nak stay on this polar pemakanan untuk orang yang mempunyai perut lembu seperti saya. Perut lembu?? Ya, perut lembu kerana lembu mempunya 4 perut dan sentiasa makan/mengunyah tidak kira masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s