saya adalah seorang gadis pemalu, sopan-santun dan sangat tidak yakin diri

Ada yang muntah darah?? Bernanah telinga?? Heh, cikai-cikai pun mesti juling-julingkan mata, kan?? Tapi ai nak citer di sini, bahawasanya tajuk di atas adalah realiti (sangat!!).

Dengan syarat…!!

That person is a stranger to me ataupun kenalan yang tidaklah rapat sangat.

Eh, kadang-kadang yang rapatpun ai leh jadik diam seribu bahasa tahu?? Sebab ai ni jenis reserved person. Ai bukan jenis extrovert tapi ai seorang yang introvert (kan ke ai dah kuarkan segala tok nenek ilmu psychology/sociology kat sini).

Ai tak pandai nak mingle around dengan orang sekeliling. Kalau ada orang baru masuk kat office, janganlah bajet muka ai akan ada kat meja budak baru dengan orang lain yang tengah duk keliling nak berkenalan.

Walaupun satu floor, belom tentu ai tahu nama budak tu sapa, budak ni sapa. Ai dudukkkk je kat tempat ai. Takde nak singgah or jalan-jalan makan angin ke tempat orang lain. Sebab ai malu orang pandang ai tengah berdiri sambil singgah-singgah cubicle orang lain.

Kalau tunggu lif, memang susah ai nak tegur sapa-sapa yang tengah tunggu skali tu. Ai malu. Rela ai pandang lantai saje. Ai tak pandai nak bersembang.

Dan sebab itu mungkin ada yang cakap ai ni sombong dan payah nak senyum kat orang. Dan mungkin juga kewujudan ai tidak diketahui.

Situasi tersebut adalah dalam ruang lingkup rakan sekerja yang rata-ratanya adalah sebaya.

Bayangkan pula kalau ai diletakkan dalam situasi di mana orang yang dari business/corporate world yang selalu sembang pasal isu semasa dan pulak sentiasa ada knowledge/info bila bukak mulut. Tambah lagi umur tak sebaya.

Terus ai jadik inferior!!

Takkanlah ai nak cherita betapa ai jatuh chenta dengan Edward Cullen? Takkan nak bagitau ai tidoooooo je dan tidoooooo itu adalah hobi? Mustahil nak pi habaq yang ai ni suka/kuat makan?? Nak gebang pasai shopping?? Takat cherita pasal Sungei Wang, boleh saja. Kalo skali kang dia cherita pasal LV, Manolos, Channel, Hermes bagai.. buat ai terkencet je kat situ jugak.

Ai akan rasa ai adalah manusia paling bodoh dalam korum tu. Takkan nak duduk semeja senyum 24 jam je kot? Dengar je?? Tak payah bukak mulut? Sangat tidak sesuai!!

Oh.. PR skill ai adalah sangat sampah! Ai tak suka bila diletakkan dalam situasi tersebut.

Tapi Mr.K mau ai cuba. Cuba mingle around (bukan liuk-lentuk gesel-gesel tak tentu hala) and establish my PR skill. Mau ai buang alasan “belum bersedia”. Takkan selamanya dia nak attend function sorang-sorang? Tapi ai sangat malu, tahu??!!

4 thoughts on “saya adalah seorang gadis pemalu, sopan-santun dan sangat tidak yakin diri

  1. Ya benar. Iz adalah sangat pemalu. Dan sgt jarang ke cubicle org2 lain. Slalu, akak jer yg dtg kt tmpt awak. Hehehehe… =))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s