angin bertiuppppp..awan berarak.. itu tandanyaaaaaa..hari nak hujan

Semalam saya tidak balik seperti biasa apabila jam tepat menunjukkan 5.30pm. Saya terlewat kerana terlalu asyik menempah tiket secara online untuk teater muzikal Antara. Dan tepat 5.45pm (lewat 15 minit je pun big deal!), saya meninggalkan pejabat.

Sampai saja di lobi, di luar sana menunjukkan rintik-rintik kasar air yang turun dari langit. Hujan! Ah..malas sungguh saya nak naik ke tingkat 30 untuk mengambil sekaki payung. Memikirkan lif yang memang sangat lambat itu, saya putuskan untuk menelefon sahaja Ayu yang masih di pejabat untuk mengambilkan payung saya.

Setibanya Ayu dan Nadia (yang membawa sekaki payung berwarna merah jambu kepunyaan Ais yang sangat fancy), keadaan di luar menjadi bertambah buruk. Rintik hujan bertambah kasar, angin menderu-deru dan kilat sabung-menyabung!

Saya tak yakin sekaki payung saya itu mampu bertahan dengan angin yang sungguh kuat. Ditambah pula dengan sekaki payung yang dipinjam oleh Ais kepada Nad itu, senang saja payungnya terangkat seperti wanita berambut perang ini..

Enggan memalukan diri dan meletakkan diri dalam situasi itu, kami (saya paling bersetuju) memutuskan untuk tunggu hingga hujan reda ataupun sekurang-kurangnya angin tidak bertiup kencang.

Tunggu dan tunggu..

Masih lagi menunggu..

Tunggu lagi..

Hingga lebih setengah jam di ruang lobi..

Bila nampak Sam dengan dengan payungnya berjaya meredah hujan, barulah kami nekad untuk melakukan benda yang sama.

Angin masih kencang. Hujan masih lebat. Kain kurung saya angkat tinggi sampai Ayu kata seksi (paras setengah betis). Ayu meredah hujan dengan cepat sekali kerana payung Ais itu menunggu masa nak bertukar rupa dan  meminta nyawa (sila rujuk gambar di atas).

Sampai di kawasan parkir Menara, terkocoh-kocoh pula kerana tidak pasti ke tingkat mana harus dituju. Dan terpaksalah menebalkan muka kerana nampak sangat yang kami ini seolah-olah rusa masuk kampung. Jakun sekali.

Lepas ni saya akan sentiasa ingat, kalau mau lalu guna jalan basement dari LRT Kerinchi, tekan LG4 kat butang lif.

10 thoughts on “angin bertiuppppp..awan berarak.. itu tandanyaaaaaa..hari nak hujan

  1. terkesima m’bc gaya penulisan anda…muahaha!!! tp semlm nk tgg pokok xb’goyang kul bape kite nk blk iz oi…😛

    p/s: awk nk tgk natrah?nasha aziz adalah pelakon pujuaan sy dr sek rendah lg… huhuhu…

    • 1. ye.. gaya penulisan skematik ala bahasa malaysia kertas 2

      2. lepas kita balik tu, hujan reda dan langsung takde angin yang bertiup dan pokok tidak lagi bergoyang

      3. kita nak tengok ANTARA, bukan NATRAH. Natrah dah tengok aritu.. Maya Karin yang berlakon. ANTARA ada nasha aziz n fahrin ahmad (tidak minat), juga ziana zain, jamal abdillah, hattan dll. tapi tatawu lagi pegi ke idakkkk

  2. tajuk ko buat ako giler, tuh lagu kan..kan..ako yakin lagu, sbb time ako bace ako tahu..tapi nak sambung tuh..ish..bagi ako masa..ako tau!!

    ops!!sory klu komen xde kaitan ngn post;P hehe~~

    • ako rasa kan.. dalam banyak-banyak manusia, ko je yang tau n dapat teka yang tajuk itu adalah lagu!! masa ako nyanyi lagu ni time hujan tu, kawan ako tak tahu pun. sedey ako tau!!

      jas..sila teka lagu apa ye.. he he he (testing testing)

  3. hahahaha faham2;D thanks sbb ambik berat saya faham atau tidak, walaupun ia hnya sampingan didalam ayat;D

    adakah kita aja baby ’86 disini??tak kan banyak baby ’86 lain yg bace;D so jgn malu dan segan..sila-sila~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s