Little Chinatown Market

Bagi sesiapa yang pernah atau mahu ke Pulau Pinang, adalah menjadi kemestian untuk melawat Bukit Bendera. Dan pada mereka yang beragama Buddha, Kek Lok Si Temple mesti adalah suatu tempat yang mesti dikunjungi.

Dan rumah saya adalah berhampiran dengan kedua-dua tempat tarikan pelancong tersebut. Ayer Itam.

Dari saya kecil lagi, emak selalu mengajak saya ke pasar Ayer Itam. Pasar Ayer Itam adalah berhampiran dengan Kek Lok Si Temple.

Pasar Ayer Itam yang terletak di Pekan Ayer Itam sentiasa sibuk dengan penjual dan pembeli. Tambahan pula perayaan Tahun Baru Cina semakin hampir, maka kaum Tiong Hwa memang sibuk membuat persediaan.

sibuk berjualan di sepanjang jalan

di kiri dan kanan

dengan motor

dan manusia-manusia

di mana-mana sahaja

Sesudah membeli barang-barang, perut yang lapar haruslah diisi terlebih dahulu. Ada satu food court yang selalu saya makan pagi tiap kali ke pasar ni.

makan roti canai adalah mesti

yang kuning itu kuah parpu yang dicampur dengan kuah daging

ini kuah daging

Di Pulau Pinang, tiada sambal tumis kalau mahu dimakan bersama-sama roti canai kerana di sini kami makan roti canai bersama-sama kuah parpu dan kuah daging.

Dan suatu kemestian yang lain adalah egg tart.

di bakery

yang menjual egg tart yang paling sedap sekali

egg tart dan blueberry cheese tart

Dan itu adalah sebahagian kisah dari kawasan rumah saya yang terletak di Ayer Itam.

2 thoughts on “Little Chinatown Market

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s