pyar, ishq aur mohabbat

Siapa kata saya tak layan Hindustan?? Jangankan Hindustan, Tamil pun kadang-kadang saya layan sebab Kak Lang saya dulu asik tengok TV2 je kalo pukul 12.30 di hujung minggu. Layankan aje, sebab citer Tamil kadang-kadangpun best gak. Realistik sebab dia tunjuk macham mana hidup orang Tamil Nadu yang susah. Cuma tak begitu realistik bila mai tang bergaduh tu..dusyum, dusyum. Sound effect memang lebey. Pastu tang lagu memang saya pengsan! Choreography dia laju semacham. Pengsan lagi.

Tu dulu…dolu-dolu. Skang dah tak amek port dah sebab Shah Rukh Khan makin tua (tapi tetap macho dan sudah ada 6 packs). Kii..Kii..Kii..Kii..Kii..Kii.. Kiran (kalo korang terror, cuba teka ni dialog dari citer apa??). Sumpah dialog gagap SRK tu sangat berhantu.

Tapi saya bukan nak citer pasal Hindustan or Tamil. Intro je atas tu..

Tapi nak citer pasal pyar, ishq aur mohabbat (sila Google maksudnya). Tahukah anda, kalo dah sampai satu tahap bila anda dalam fasa pyar, ishq aur mohabbat..

  • Anda tetap merasa selesa walaupun apabila berjumpa atau apabila keluar bersama-sama, tetapi diam seribu bahasa. Tidak kira masa di dalam kereta ataupun ketika menjamu selera.
  • Kentut main lepas je pun dah tak heran… pruuuttttt…
  • “I need to do my business”. Oh tiada makna lagi ayat sebegitu tapi lebih selesa menggunakan ayat sebegini; “Nak gi kencing jap” atau “Rasa nak berak, lah.”
  • Swapping food/drinks. Ini memang dah tak kesah langsung. Ada yang mula-mula kenal pun dah swap food/drinks and sharing-maring.
  • Tolong perabih makanan. Yang si makwe tolong perabih makanan dalam pinggang pakwe dia. Dah takde nak cover-cover konon makan sikit bagai.
  • Dan tak heran kalo tunjuk muka selebet. Because at one point, you have to show him/her the other side of you yang ugly itu. Keh keh keh..

Eh eh.. saya ketandusan idea plak. Bye!

4 thoughts on “pyar, ishq aur mohabbat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s