itu sudah bisa membuatkan bibir ini mengukir senyuman..

Saya tengah membuat filing, sambil mendengar lagu sama yang dah looping berjuta kali, earphone tersumbat di telinga, dengan tangan ligat menyusun email-email, dokumen-dokumen yang telah siap di-print mengikut tarikh dan masa. Kusyuk.

Tiba-tiba, telefon di meja berbunyi. Telefon direct line saya. Yang bercakap di sebelah sana adalah Mr.K. Beliau memberitahu bahawa beliau berada di kawasan pejabat saya. Saya boleh melihat keretanya dari tingkat 30 ini.

Saya terus meletakkan ganggang telefon ke meja, mencampakkan semua kertas-lertas, dokumen-dokumen yang sedang saya susun dengan kusyuk tadi dan terus meluru ke tingkap.

Terasa bodoh, saya kembali mendapatkan ganggang telefon dan bertanya Mr.K, dari arah manakah dia dan menuju ke arah manakah dia.

Mr.K menuju ke PJ. Segera mata saya melilau mencari kelibat keretanya.

Dan saya melihat tangannya melambai-lambai. Sayup-sayup dari kejauhan tingkat 30 ini.

Dan hati saya berbunga riang..

6 thoughts on “itu sudah bisa membuatkan bibir ini mengukir senyuman..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s