Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD)

Tempoh hari, saya telah menulis berkenaan PTD Assessment Centre (PAC), yang merupakan fasa kedua selepas ujian bertulis.

Ya Allah, saya sebenarnya sangat murah rezeki. Kali pertama ke ujian bertulis –lulus. Kali pertama ke PAC –lulus. Walaupun saya tidak begitu yakin dengan ujian fizikal dan aktiviti berkumpulan, namun ternyata saya berjaya melepasi tahap kedua tempoh hari.

Dan kini, panggilan untuk proses ketiga dan proses terakhir iaitu temuduga. Saya telah dipanggil untuk menduduki temuduga bagi jawatan PTD yang saya kira, begitu ramai yang menginginkan jawatan ini.

Cuma, saya kini berada di dalam dilema.

Saya bahaskan di sini pro dan kontranya.

.

Pro

  • Gaji lebih lumayan dan merangkumi elaun bulanan.
  • Bekerja di sektor kerajaan sebagai penjawat awam mempunyai kelebihan jika ingin membuat pinjaman bank.
  • Skop kerja mungkin luar di bidang saya tetapi saya boleh belajar sesuatu yang baru. Mungkin lebih cenderung ke arah bahagian Pentadbiran dan Pengurusan.
  • Memerlukan daya tahan diri yang tinggi apabila dihantar ke kem-kem dan kursus-kursus. Mungkin juga perlu kerap outstation (dalam erti kata lain – berjalan-jalan).
  • Dapat kenal dengan lebih ramai orang.
  • Penjawat awam dapat pencen.

.

Kontra

  • Tarikh temuduga: Saya mula bercuti pada 11hb Februari dan saya sudah membeli tiket penerbangan ke Pulau Pinang pada 10hb Februari. Manakala tarikh temuduga pula dijadualkan pada 12hb Februari, 8am di Kuala Lumpur.
  • PTD bukan lagi berstatus tetap tetapi mulai April 2009, telah ditukar taraf ke kontrak. Kontrak adalah selama 3 tahun dan akan dinilai berdasarkan KPI. Sekiranya laporan KPI adalah baik, maka akan diserap dan jika tidak memuaskan, maka saya akan diberhentikan.
  • Status 3 tahun adalah agak panjang. Dan tidak mustahil tempoh itu akan kekal sebagai status kontrak memandangkan agak sukar kini sektor kerajaan terus mengambil pekerja tetap.

.

Info di syarikat saya bekerja sekarang

  • Saya sudah berjawatan tetap dan menyandang jawatan eksekutif di syarikat sekarang.
  • Gaji mungkin tidak sebanyak bekerja di sektor kerajaan, atau lebih tepat lagi bagi jawatan PTD. Tetapi kenaikan gaji setiap tahun adalah berdasarkan KPI saya.
  • Kemudahan kesihatan akan ditanggung dan Hospital Pantai adalah panel bagi syarikat saya.
  • Kemudahan kesihatan ini juga merangkumi suami dan anak-anak saya (di masa hadapan).
  • Syarikat di mana saya bekerja sekarang adalah sebuah syarikat telekomunikasi. Maka, banyaklah yang saya boleh pelajari di sini.

.

Bukanlah saya mengalah sebelum bertempur. Jauh sekali mengaku kalah begitu sahaja. Tapi saya fikir, sebelum keputusan diambil saya perlu pertimbangkan dari semua segi.

Mungkin ada yang mengatakan, begitu ramai yang mencuba tetapi saya hanya mensia-siakan peluang yang peroleh ini. Sedangkan beribu-ribu graduan yang telah mencuba beberapa kali untuk jawatan ini.

Ada yang berpendapat elok untuk saya mencuba nasib ke proses temuduga dahulu dan ambil temuduga itu sebagai pengalaman, tidak memikirkan sangat sama ada dapat atau tidak jawatan itu. Jika tidak dapat saya tidak kisah tetapi andai rezeki memihak kepada saya, dan jika saya menolak jawatan itu..tidak mustahil nama saya akan disenaraihitamkan.

Dan jika saya meminta untuk dijadualkan semula tarikh temuduga itu, persoalannya akan kembali semula seperti di atas.

Sungguh saya dalam dilema. Tambahan pula emak saya bersungguh-sungguh mahu saya mencuba. Saya mengharapkan buah fikiran daripada anda sekalian.

21 thoughts on “Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD)

  1. 3 tahun? bukan setahun ja ka? gila lama. tak berbaloi.

    i think stay saja kot kat **. rasanya if hang p 3rd stage ni,and if hang dpt, hang tak pi pulak,maybe akan di black listkan…
    🙂

    • tak..aritu depa habaq kontrak ptd 3 tahun. pada tahun ke-3 kontrak:
      a)prestasi baik- akan dihanar ke kursus diplomatik
      b)prestasi kurang memuaskan- persediaan untuk tamat kontrak dan mencari kerja baru

      btw..tenkiu tenkiu for sharing ur tots

  2. 1-Tahniah
    2-WOW!!cayalah babe!!=D
    3-pada ako pilih job yg ko enjoy, duit bole carik. klu gaji bnyak tapi xde ruang tuk bersuka ria, xguna gak.
    4-ape pon pilihan anda, saya mendoakan yg terbaik tuk anda yaaa..cik iz yana.

    • maseh babe.. ko rasa ako sewuwai dengan keje yang macham mana??
      apa komen ko kalo ako mau tukar profesyen jadik travel agent or cabin crew *sila muntah* ke??

      • nyeh nyeh nyeh.. cik iz yana jadik cabin crew??
        tea or coffee??
        takleh la babe..ako tak cukup motivasi nak kekal ramping, putih gebu, kulit takde jerawat

  3. salam… aku dh brjaya dlm temuduga PTD.. tp skrg aku dlm dilema, nk pi ke x.. sbb status PTD ni kontrak 3tahun.. soalan aku..

    1- klu tolak tawaran PTD ni, btul ke kna blacklisted? klu bg surat tunjuk sebab bleh x??

    2-klu keje kontrak k’jaan 3tahun.. bleh lulus loan bank ke? senang xnk wat pinjaman..? maklumla.. keje kontrak..

    sekian, tq

    • salam. tahniah aaron sebab ko dah lepas interview PTD. ok, soklan ko ako jawab..

      1. macham yang ako diberitahu hari tu, kalo stakat tak show up masa interview..tak kena black listed tapi kalo dah jawatan tu memang ko dah dapat tapi ko tolak, nama ko memang kena blacklisted. bagi surat tunjuk sebab, yg tu ako tak pasti. mungkin ko leh check dengan bahagian PTD tu.

      2. pasal loan, ako tak tau weeehhhhh. tapi rasanya lepas je.. hehehe..

      tahniah kat ko skali lagik..

      • Izzie,

        Salam. Keadaan saya pun begitu juga. Tak tau nak pergi interview ke tak. Sekarang saya sudah ada kerja tetap dan juga sudah beli rumah sederhana di KL. Taku sangat kalau lulus dan tak pergi sure di senarai hitamkan. Izzie, boleh saya tanya sama ada awak sudah terima sebagai PTD tempoh hari?

        Terima kasih sebab menjawab emel aku….TQ

  4. utk makluman, kesemua PTD kontrak lantikan SPA telah di tukar statusnya kepada tetap, pertukaran status tersebut adalah berkuatkuasa mulai tarikh melapor diri pegawai tersebut seolah-olah tidak pernah ditawarkan lantikan kontrak. sehubungan dgn itu, untuk lantikan2 bermula lantikan 2/2010, status tetap akan ditawarkan kepada calon2 yg berjaya melepasi ketiga2 tapisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s