kawen, kawen, kawen..nikah dan kawen. bukannya mudah, perkara mudah!!

Tahun 2010, saya baru sahaja menginjak ke umur yang berangka 24. Pada saya, usia saya itu masih muda, masih mentah dan masih perlu banyak belajar. Itu pada pandangan saya.

Tapi apabila saya kelik-kelik di sana sini. Nah, baru saya sedar..umur 24 itu bukan lagi isu jika sudah sampai jodohnya. Kerna ramai juga rakan dan taulan yang bakal bergelar isteri, sudah menjadi isteri, bakal ibu dan sudah menjadi ibu pada usia 24 itu.

Nyata saya begitu terkesima.

Jika daripada penelitian saya, begitu banyak tenaga yang diperlukan dalam proses kahwin ini. Bermula daripada bertunang, akad nikah, hinggalah kepada majlisnya. Semuanya memerlukan tenaga dan wang ringgit.

Dan itu dari segi luarannya. Segi dalamnya? Sudahkah dipersiapkan?

Cabaran dalam melayari rumah tangga bukannya sedikit. Jika dahulu hidup berseorangan, kini berdua. Saya sebagai seorang isteri (suatu masa nanti), perlu menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri kepada suami saya. Mampukah saya?

Saya kelik-kelik lagi. Kali ini pula di belog-belog ibu yang sedang hamil, juga di belog-belog ibu yang sudah sarat dan bakal melahirkan, dan juga yang telah melahirkan.

Saya jadi ngeri dan takut sendiri apabila membaca proses bersalin itu. Saya begitu takut. Contraction, labour room, induce, Caesar Operation, intect, gunting. Macham manalah Alang selamber je bila sambut baby kat labour room, eh?? Macham takde effect pun pada dia.

Dan kemudian saya teringat akan emak saya. Begitulah susahnya dan sakitnya ketika dia mengandungkan dan melahirkan.

Mampukah saya mendidik anak-anak saya kelak? Mampukah saya menjadikan mereka insan-insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara?

Setiap insan akan mengalami proses perubahan ini. Mungkin jika kena dengan insan yang empunya tulang rusuk kiri yang hilang itu, segalanya dapat dilalui dan diatasi bersama-sama.

Daripada tulang rusuk kiri siapakah saya ini??

Saya mahu berada di sebelah kirinya..kerana saya ingin melengkapi tulang rusuknya yang hilang itu.

3 thoughts on “kawen, kawen, kawen..nikah dan kawen. bukannya mudah, perkara mudah!!

    • uit akak zatiiii..belomnya saya ni nak kawen lagi. duduk bersimpuh pun tak reti, masak nasik hangit..macam mana nak kawenn?? lambat lagiiii la jawabnya

  1. mmg bukan mudah hidup berumah tangga. soal bersedia atau tidak, kalau dh smpai jodoh, akan berkahwin jgk. yg penting, berdoa dan mohon pdNya supaya dipermudahkan dan diberi pertunjuk utk menempuhi cabaran yg ade depan mata..Amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s