stress management

Sejak kebelakangan ini, saya kerap kali stress. Stress di tempat kerja yang saya maksudkan. Dan saya seorang yang sangat mudah demotivated dengan keadaan sekeliling, terutama apabila berada dalam situasi sekarang.

Tiap kali saya rasa tidak berpuas hati, dan untuk mengelakkan stress, saya akan meluahkan kepada yang terdekat dan hampir dengan saya..

Selain daripada berdoa kepada Yang Maha Esa untuk sentiasa mewaraskan kepala hotak yang akan mudah weng ini, saya juga menggunakan terapi shopping kalau terasa jiwa kacau dengan stress.

Tetapi kadang-kadang, masalah itu tidaklah selesai. Yang dapat menyelesaikannya adalah saya juga. Sama ada saya mengambil pendekatan untuk layankan aje, dan menerima dengan hati yang terbuka ataupun memberontak.

Pemberontakan tidak membawa saya ke mana-mana tapi sekurang-kurangnya orang tidak memijak kepala saya. Adakah saya nampak terlalu senang untuk diperbudak-budakkan??

Sungguh kejam manusia yang suka mengambil kesempatan begitu.

Dan tindakan drastik yang mungkin boleh diambil adalah dengan mencari pekerjaan baru. Ini dapat membantu kerana dengan pekerjaan baru, environment juga adalah baru, kawan-kawan baru, bos baru, tugas baru.

Tapi takkan setiap kali berhadapan dengan konflik sebegitu nak cari kerja baru??

Jadi saya rasa, perlulah bertahan sahaja.

Di manakah ponstan saya?? Kerana bunga-bunga migraine semalam kembali semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s