jawapan kepada hati yang terluka

Kepada Wahida  & Afifah..

Jangan lagi dipersoalkan kenapa saya bertindak sedemikian rupa. Andai saya berkata-kata, maka samalah juga seperti saya mencurahkan air ke daun keladi..kerana ia tidaklah membawa apa-apa erti lagi.

Saya tidak mahu memberikan justifikasi atas tindakan saya mendiamkan diri, atau lebih tepat lagi..meninggalkan kalian terus dari sisi hidup ini.

Kerana kalian pernah pada suatu ketika, membuat keputusan untuk bertindak sebegitu juga. Membuat keputusan untuk terus-terusan membiarkan saya tertanya-tanya kenapakah saya diletakkan ke tepi dalam hidup kalian.

Kerana kalian sudah terluka dengan tindakan saya.

Itu jawapan yang saya terima.

Kalian terluka dengan tindakan saya. Sedangkan apa yang mampu saya katakan di sini.. Wahida, saya punya prinsip saya sendiri kenapa saya bertindak sedemikian rupa. Saya tahu kenapa anda terluka, dan atas insiden apakah keterlukaan itu.

Dan kepada Afifah, apa boleh saya ucapkan hanyalah kata maaf sekali lagi.

Bila hati kalian sudah mula pulih dan mahu semua kembali seperti sedia kala, mahu menerima saya kembali dalam hidup kalian..bagaimanakah saya bisa melupakan segalanya?

Wahida, Afifah dan kepada mereka-mereka di luar sana yang terasa dengan sikap saya yang berdiam diri, menguncikan lidah, diam seribu bahasa..

Saya tidak pernah bermusuh dengan kalian. Juga tidak membuang kalian. Tapi saya juga tidak dapat melupakan.

Biarlah yang nampak buruk dalam keterlukaan ini adalah saya. Biarlah saya yang  menjadi kambing hitamnya. Biarlah, saya yang bersalah.

Dan biarlah saya berdiam dan membawa diri.

Tegarkah saya?

Kerana saya enggan terluka lagi.

4 thoughts on “jawapan kepada hati yang terluka

  1. dah 4 jam aku bukak page ni.aku mcm blur2 nak tulis apa. but,anyway aku kena tulis jugak. fine.sumpah blur.aku tak reti nak susun ayat sebaik hang T___T

    aku taktau dah nak cakap apa. i know i was wrong. act macam budak2 tapi tak sangka mesej perpisahan tu aku boleh dapat dari hang. i mean aku tak sangka kita boleh jauh sampai mcm ni.

    sekarang, nak explain apa pun dah tak guna.baik dari aku,dari hang atau dari Ayu. honestly aku tak pernah buang hang. tak pernah lupa kat hang. and i hope kita boleh kawan mcm biasa balik even masing2 pernah terasa hati macam-nak-mati-tapi-pendam-masing2.

    im sorry.for everything. kawan balik?

    bukan aku pandang mudah benda ni. bukan aku lupa aku penah bg kecik hati hang tp sekarang ni,aku fikir mana yang terbaik utk friendship kita. sampai bila kita tak nak bertegur mcm ni? kita kawan dah lama. lagi2 hang dengan ayu (i told her before)…

    serius dah taktau nak cakap apa. aku tak salah kan hang. sebab aku yang tak berterus terang,sebab tu hang pun buat tindakan mcm ni. kan?

    again.aku minta maaf.even maaf ni mungkin dah tak berguna utk hang.
    🙂

  2. salam iz..fah juga berperasaan yang sama seperti wida.. fah pun xtau nk ckp apa lg bila ini jawapan kpd hati yang terluka.. dari lunch td fah fikir dan fikir.. fah pun tak tahu nak ckp apa sebab fah yakin dengan pendirian dan prinsip hidup iz..

    Pertama sekali…
    Kemaafan fah pohon sbb fah yang bersalah terlalu jujur pada perasaan hingga fah terlupa akan ada hati yang terluka.. fah hanya ingin iz tahu betapa fah mengharapkan perhatian, mengharapkan kehadiran fah disedari dan menjadi sebahagian dari hidup iz sebab fah terlalu sayangkan iz.. dan fah tak dapat mencari pengganti persahabatan seakrab fah dan iz dulu..

    Bila kita melangkah ke sekolah menengah, fah tahu ada yang membenci fah sekaligus meragut arti sahabat dalam diri kita.. iz pun berubah.. menjadi seorang yang pendiam dan tak seperti dulu.. semua itu buat fah rendah diri.. fah tahu iz pelajar pintar, fah hanya budak nakal yang tercampak ke sekolah biasa.fah sedar dari awal persahabatan kita fah bukan pilihan.. tp fah berusaha mendekati iz sebab Allah hadirkan perasaan kasih sayang fah pada iz.. sampai saat ni.. dan fah sedar semuanya salah fah.. fah akui fah yang memusnahkan persahabatan kita..

    Fah tahu semua ini umpama mencurah air ke daun keladi.. iz tak akan berganjak dari prinsip iz.. cuma fah hanya ingin iz tahu.. mgkn ini yang terakhir hadir menghimpit ruang hidup iz.. fah terlalu menghormati prinsip iz tp iz tahu x….
    Ari iz konvo.. iz cakap xda sapa dtg.. mak pun xdatang.. fah memang mati-mati ingat tiada siapa dengan iz..fah lurus sgt.. lepas fah bekerja fah dah x gila2 cam dulu.. berkawan pun tak.. hanya ada kawan2 kerja.. kawan2 mcm kita dulu2 dah xda.. takut.. semua tipu.. tikam dari belakang.. kawan masa sekolah ja jujur.. iz tahu kenapa fah terasa sgt…
    fah xtahu jalan ke UKM walaupun dkt dgn cheras sbb fah x pernah pg jalan2..fah min redah ikut ja petunjuk arah jalan walaupun sampai 2,3 kali lalu tempat yg sama.. fah tak kisah.. betapa besar dalam hati dapat tgk sahabat tersayang pakai jubah konvo.. fah bangga sekali sebab diundang untuk sama2 iz meraikan hari bersejarah dalam hidup iz. ( mgkn luahan ini nampak klasik dan sgt skema pada anda sekalian namun.. inilah yang wujud dalam hati aku ketika ini)bila pemakai-pemakai jubah keluar.. panjang leher fah mencari-cari iz.. lepas satu-satu pintu terbuka tapi kelibat sahabat yang ku sayang tidak juga kelihatan.. lama menanti hampir resah juga hati ini.. bersama bunga bear yang akan fah hadiahkan mundar mandir fah disisi tiang tu iz.. akhirnya fah dapat panggilan iz. fah mencari hingga ke hujung.. satu wajah yang cukup fah sayang dan fah rindui ada disitu.. cantik dan sangat ayu.. fah jd kaku kejap bila fah tgk kawan2 iz ramai.. Ya Allah fah mmg segan gila time 2.. tp pelukan dan airmata iz meredakan segalanya.. fah tahu fah nmpk janggal di mata kawan iz.. tmbh dgn dressing fah.. haha nk tgelak jugak.. 2 lah bila kita cuba jadi diri org lain kan.. fah nk nmpk ada stail dpn iz supaya iz tak malu ada kwn mcm fah tp terbalik pulak.. fah rasa pelik sgt.. xpelah abaikan.. bila fah tgk iz dgn kwn2 iz.. fah gembira sgt sebab fah tgk izyana fah yang dulu kembali.. iz dah macam dulu.. tp jauh disudut hati.. fah rasa terasing sebab bukan dgn fah.. apapun fah bersyukur diberi peluang mgkn itu yang terakhir aku menatap wajahmu..senyumanmu.. gelak tawa…otak gila2 dan yang paling best `gedik’ 2 ada lagi..🙂 terbalik.. fah pulak yang jadi pendiam sket..
    x lama bersama iz.. menyaksikan hari bahagia iz.. fah nk undur diri sebab fah rasa btl2 tak bleh join group iz.. lgpn dh ptg fah takut sesat malam2 apatah lagi moto 2 tggu masa ja nak jadi arwah lepas kemalangan dulu.
    iz tahu x.. bila fah sampai rumah fah mengharapkan pertanyaan dari iz.. fah harap iz msj fah tanya fah selamat sampai x.. sehari.. dua hari.. tiga hari, fah masih menunggu mgkn iz masih sibuk urusan konvo.. tp hampa..
    Satu waktu punca sengketa antara kita.. fah buka fs iz.. fah terkilan x punya 1 pun kelibat fah dlam album konvo iz.. sdgkan amirul… untuk fah iz x buat pun macam 2.. ( benar kata-kata wida.. kami kebudak-budakan,lupa kita telah injak dewasa bukan lg budak hingusan yang mengayuh basikal) kenapa fah perlukan perhatian sebegitu rupa.. sebab fah saja yang menyanjungi iz tapi pada iz fah hanya teman biasa.. fah tahu kita umpama langit dan bumi.. jauh sgt beda antara kita.. masa skolah dulu pun.. org hairan macam mana seorang Penolong Ketua Pengawas Sekolah seperti Izyana boleh berkawan baik dengan budak gengster yang ntah brapa kali masuk bilik pengetua ni.

    Disitulah punca segalanya dan bila fah dapat mesej dari iz… ya.. fah juga seperti wida.. x sangka akan Pergi sejauh ini.. benar-benar tak diduga.. Fah hanya meluahkan rasa dimana telah melukakan sekeping hati yang ingin fah jaga..
    Mula saat tu.. fah rasa satu kehilangan.. mula saat itu juga fah rasa diri fah sememangnya tak perlu dalam hidup iz yang fah tahu kini penuh dengan class yang tersendiri.. bila sedar akan hakikat ini.. fah juga berdiam diri.. tp tegarkah hati ini melupakan sahabat yang dikasihi.. iz tahu.. kenangan kita menjadi kenangan tak terlupa dalam diari hidup fah.. Alangkah indah andai yang iz tidak dapat lupa itu adalah kenangan kita dan bukan hati yang terluka… ( tak mengapa iz.. aku hormati dirimu yang tak ingin dilukai lg)

    Masih segar dalam ingatan.. satu petang dengan basikal ungu iz panggil fah kat blok kacapiring.. iz comel sgt time 2..
    Time iz marah fah dlam kelas sebab conteng kerusi guna liquid.. iz tahu.. sampai ari ni.. kalu pegang liqiud mesti terngiang2 marah iz..🙂
    Paling terbekas dalam hati fah.. masa 2 iz minat sgt kump spice girl_viva forever_ pastu kua minyak wangi guna spice girl punya tag.. iz tahu fah sanggup simpan duit skolah dan tipu abah lg 3rggt utk dapatkan sebotol utk iz.. harga sebotol cuma RM5 tp masa 2 RM2 pun dh besar.. skang lebih dari RM500 pun fah tahu iz mampu miliki.. syukur alhamdullilah.( fah tahu xda point pun fah cerita suma ni.. tp macam fah kata fah hanya ingin iz tahu besarnya kasih fah pada iz sehingga fah sanggup buat apa saja asal iz suka.. tp hakikatnya fah slalu buat apa yang iz xska)
    Pagi2 terpacak berdiri depan pintu umah iz dengan sekuntum bunga dan sepotong kek.. Happy Birthday Iz.. hanya itu yang mampu. ( macam org bercinta kan.. tp arti sahabat itu lebih istimewa dari cinta )
    Dan buat hati ini tersentuh.. Iz hadiahkan fah loket silver bentuk hati.. Terima Kasih Iz..

    Terakhir Sekali…

    Izyana.. maafkan saya sekali lagi.. mungkin mual untuk membaca coretan ini.. tapi berilah peluang pada saya untuk menebus kesilapan saya.. saya tidak mahu terus kehilangan sahabat yang saya sayangi ini.. mungkin Jika diberi peluang saya percaya kita tidak akan seindah alam persekolah yang telah lewat kita tinggalkan kerana kita adalah dua insan yang berbeda..
    Namun tidak mahu berterusan begini kerna kita ada didunia hanya sementara.. pasti kita akan bersua tp mungkin dalam keadaan berbeza..
    saya juga seperti wida mengharapkan yang keruh dijernihkan selagi mata masih terbuka selagi minda bisa meneroka selagi bibir mampu bicara dan selagi hati masih ada cinta..
    Namun sahabatku Izyana… saya hormati keputusanmu.. saya hormati juga prinsip dan ketegasanmu kerna itu adalah hakmu.. dikeasingan ini Izyana saya sentiasa memdoakan hanya yang terbaik buat dirimu, kesejahteraan hidupmu dan saya mendoakan agar hidupmu sentiasa dalam keberkatan Illahi.. saya sentiasa menanti Allah membuka pintu hati mu dan maafkan saya jika ada terkasar bahasa sepanjang persinggahan saya ini..

  3. persahabatan memang indah..ibarat mawar yang cantik, sedap dilihat, suka dipandang..namun jangan dilupa akan durinya..kalau tak berhati-hati, tangan anda akan luka tertusuk durinya..

    dalam persahabatan, jadilah seikhlas mungkin..buatlah terbaik yang anda mampu..namun,dalam kebaikan yang anda lakukan, usahlah diharapkan akan dia juga membalas kebaikan anda dengan kebaikan..kerana persahabatan ini juga ibarat saham..apa yang anda laburkan, tak selamanya anda akan terima keuntungan..kerugian juga adalah mungkin untuk anda hadapi..

    teruskan kehidupan anda dengan tenang..walau dia tidak lagi bersama, doakanlah kesejahteraannya di hujung solat anda..insyaAllah anda akan bertemu dengan sahabat yang lebih baik darinya..dan mudah-mudahan Allah membuka pintu hatinya kembali melayari erti sebuah persahabatan bersama anda..

    buang yang keruh, ambil yang jernih.. sesungguhnya anda tahu tidak semua dalam persahabatan itu keruh, maka tangguklah air itu, kautlah mana yang jernih.. nescaya akan anda lihat di situ ada keikhlasan dalam persahabatan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s