bersara wajib

Setelah berberbulan-bulan lamanya menjadi salah seorang daripada pemain yang tegar di dalam permainan/aplikasi di Facebook, maka tibalah saatnya saya mengundurkan diri.

Segala penat jerih dan usaha  saya selama ini di Barn Buddy, Cafe World dan Farm Ville..akan saya tinggal untuk selama-lamanya.

Masih saya ingat lagi, betapa saya gigih mengatur strategi untuk mendaki ranking. Begitu tabah dan tak pernah jemu untuk mengatasi jiran-jiran saya yang lain.

Di Barn Buddy, saya sanggup untuk bersengkang mata semata-mata untuk mengelakkan tanaman saya daripada dicuri jiran tetangga. Sehingga ke satu tahap, saya sanggup mengunci jam dan bangun pada jam 2-3 pagi semata-mata untuk mengelakkan daripada tanaman saya dicuri.

Saya paranoid tanaman saya dicurik jiran-jiran sekalian. Tetapi, saya adalah pencuri yang sangat tegar sebenarnya. Saya sentiasa akan  memerhatikan dan timing saya selalu tepat untuk mencuri. Bila tanaman jiran-jiran mula mengeluarkan hasil, sayalah orang pertama yang ‘tolong petik’.

Begitu juga halnya di Cafe World. Saya akan menulis nota tentang setiap pungutan mata. Saya begitu paranoid jiran saya akan mengatasi saya jadi saya akan memasak tanpa henti dan memasak makanan yang bermarkah paling tinggi dan yang paling menguntungkan.

Saya juga sanggup berteleku, dan juga meng-Google di internet tentang trick and tips untuk menjadi peladang jaya dan pengusaha terkemuka. Begitulah obsesnya saya.

Ya, perkara pertama jika saya keluar ke mana-mana, saya akan pikirkan bagaimanakah tanaman saya ketika saya tiada? Walau saya pergi bercuti, saya tetap teringatkan tanaman saya. Dan kerana itu, Mr. K dan Kausar pernah menjadi mangsa.

Tapi setiap yang bermula, akan berakhir. Semalam, seru itu telah sampai apabila hingga ke suatu tahap saya menghempaskan laptop Acer saya semata-mata laptop saya hang. Laptop saya akan menjadi sedemikian apabila browser Mozilla telah siap loading kedua-dua aplikasi tersebut.

Yang membuatkan saya bengang, internet saya adalah sangat perlahan bandwidth speednya kerana saya hanya menggunakan Celcom Broadband 384kbps. Dan apabila telah melebihi had muat turun, bandwidth speed akan dikurangkan. Dengan kelembapan sedemikian, ditambah pula dengan browser yang buat hal, laptop yang memang dah mintak nyawa..maka berlakulah pertumpahan darah.

Jadi, tidaklah berbaloi saya terus-terusan tertekan dengan situasi seperti di atas. Saya memang sangat kurang sabar kalau internet dan laptop adalah sangat lembap sebegitu. Saya mengambil langkah proaktif dengan terus bersara wajib dari dunia aplikasi tersebut.

Walaupun saya telah memutuskan untuk bersara wajib di aplikasi tersebut, namun di dunia blogging tidak lagi (buat masa ini).

Saya akan cuba mencari aktiviti yang baru selepas ini. Sekian, terima kasih.

iZZie speaks:

Saya tidak akan merindui Barn Buddy dan Cafe World!

10 thoughts on “bersara wajib

  1. ahaa.. me too has stopped playing Castle Age and Farm Ville. and i had already deleted the friends yang add just for the sake of playing those game apps. right now i stop for good. maleh eh nak buang maso maen menatang tu sumo laie.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s