mau kunci ini lidah

Saya menganggap bahawa salah satu cara untuk mengurangkan stress; tidak kiralah stress di tempat kerja, perhubungan, persahabatan dan sebagainya adalah dengan berkongsi. After all, sharing is caring.

Yang saya maksudkan dengan berkongsi adalah melalui komunikasi. Kerap kali saya luahkan apa yang terpendam di dalam hati saya kepada keluarga, terutamanya kawan-kawan yang saya rapat. Ada sesetengah perkara yang saya boleh kongsi dengan keluarga yang tidak dapat saya kongsi dengan kawan-kawan, dan begitu juga sebaliknya. Namun, kedua-duanya adalah sama penting.

Apabila saya luahkan perasaan saya, saya berasa lega. Lega dari segi emosi. Tidak lagi merasa terbeban walaupun sebenarnya masalah yang dihadapi itu tidaklah juga diselesaikan, cuma pada saya ia telah selesai dari segi emosi. Bila emosi sudah terkawal, maka saya boleh bertindak dan mengambil keputusan dengan lebih rasional dan bukan emosional.

Dan oleh kerana saya juga tidak mengehadkan hanya mencari kawan-kawan ketika mau berkongsi masalah/emosi saya yang tidak stabil ketika itu, saya juga berkongsi pendapat saya, cerita-cerita tentang diri saya dengan orang sekeliling saya. Dan dalam kejujuran berkongsi tentang diri sendiri, saya tidak sedar bahawa itu juga adalah suatu kesilapan di mana orang lain yang berada di sekeliling akan mempunyai pandangan yang berbeza, dan mungkin lebih buruk; pandangan yang negatif.

Saya tidak dapat nafikan, saya adalah seorang yang naif. Baiklah, begitu ironi sekali kerana saya mengakui bahawa saya adalah naif. Itu adalah kebenaran. Saya juga tidak pandai memutar belitkan cerita sebenar. Kalau ditanya soalan, saya akan menjawab yang sebenarnya. Dan kadangkala, itu akan menimbulkan kesan di kemudian hari.. kerana saya terlalu berterus-terang.

Samalah juga situasi ini dengan menulis belog. Belog juga mungkin satu terapi untuk saya mencoretkan apa yang saya rasa, apa yang saya fikirkan, apa yang saya alami. Cara penulisan, penyampaian juga adalah berbeza kerana di sini saya boleh memaparkan grafik dan visual, juga audio. Maka dengan itu, penulisan saya adalah lebih terperinci.

Cuma.. apabila orang luar yang membacanya, akan tersalah tafsir dan membaca dengan gaya yang sendiri. Lalu menimbulkan persepsi yang negatif kerana apa yang disampaikan oleh saya sebenarnya telah disalah tafsir.

Adakah saya patut berhenti sahaja menulis berkenaan apa yang ingin saya sampaikan hanya kerana khuatir disalah ertikan? Bukankah kita mempunyai kebebasan bersuara? Adakah kebebasan itu hanya berada di sebelah pihak?

Atau patut sahaja saya mula melatih diri menjadi seorang yang secretive?

Walau apapun pendekatan yang ingin saya ambil, saya kira ia adalah sia-sia. Kerana orang di luar sana tidak akan berhenti daripada menjadi hakim tidak berbayar. Jadi, butakan mata dan pekakkan telinga.

9 thoughts on “mau kunci ini lidah

  1. Walau apapun pendekatan yang ingin saya ambil, saya kira ia adalah sia-sia. Kerana orang di luar sana tidak akan berhenti daripada menjadi hakim tidak berbayar. Jadi, butakan mata dan pekakkan telinga.

    keep on blogging,then.
    🙂

  2. my dear, i just realized this post today. haha. okay, the thing is, there will always be some people who like to say bad things to you. when you decided to blog, sooner or later the so called humans like these retard sick people will come and make such a big fuss. you just have to ignore ’em. well, we have the freedom to write. and they have theirs, so let ’em be. i’ve been there, believe me. and remember who gave the inspiration for you to blog? so please continue blogging..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s