muka [kuasa dua]

Kenapa ye manusia selalu je tak puas hati bila tengok orang lain lebey dari dia?? Tak kiralah manusia yang dia dengki (okey, rasanya bertepatan dengan skema jawapan menggunakan perkataan dengki) tu kawan yang dia kenal, orang yang dia tak pernah kenal, sedara-mara..even adik-beradik. Tapi ako cuba nak bersangka baek kat sini. Kalo adik beradik tu, kita cakap bukan mendengki tapi akan menjadikan adik/abang/kakak dia yang lebey dari dia tu sebagai idola/contoh/tauladan.

Tapi tidak boleh tidak, bila terdengar je ada orang tu dah pakai kete besor, orang ni gaji banyak, orang sinun naik pangkat-duit-banyak, pompuan tu dah chantek-padahal-dulu-muka-macham-itik..tiba-tiba rasa macham ada suatu perasaan dalam hati *petir*. Tak puas ati, kan? Dengki, kan?? Terus bandingkan diri sendiri. “Kenapa dia dapat lebey dari apa yang ako ada?” -Well, itu namanya rezeki.

Tak payah nak tipo lah, semua orang pun rasa menda yang sama. Tu suma memang normal. Tapi tak normal kalo ko tak rasa apa-apa. Eh, ye ke? Ye kot. Tapi janganlah sampai ada perasaan dengki yang ko terlalu carried away sampai ko mula bukak mulot longkang kemudian pegi canang citer yang bukan-bukan sebab ko tak puas ati. Menda yang takde pun ko ada-adakan asalkan ati ko puas buat orang lain wondering menda yang ko create tu mungkin ada kebenarannya. Bila lain dah mula pikirkan menda yang negative, maknanya jarum ko mengena.

Depan-depan boleh aja nak bermanis muka. Konon-konon tompang bahagia dengan apa yang dia ada/achieved (ni ako kasik contoh dengan orang yang dikenali, lah). Padahal kat belakang, bukan main lagik bercherita itu ini. Apa yang ko dapat eh? Setakat rasa puas ati pada jangka masa pendek je adalah!

Ako pun penah/ada rasa menda yang sama. Rasa kecik je diri ni kalo kawan-kawan dapat further study. Orang lain dah one step ahead in education level tapi ako tetap dengan degree tu lagek. Nanti tak sampai 2-3 tahun, PhD plak. Ako?? Nan ado.

Kawen. Yang ni ako tak amek port (buat masa ni). Hahaha..muda lagek beb! Kalo korang lumba nak kawen cepat, silakan. Ako takmo amek bahagian. Sebab pada ako, nak mendirikan rumah tangga and kemudian pikul tanggungjawab besar sebagai isteri..insya-Allah sebagai ibu pulak kemudian hari adalah suatu perkara yang perlukan persiapan dari segi mental, fizikal, rohani, jasmani, ekonomi, ekonomi rumah tangga, dan yang paling penting.. agama.

Dan tak satupun dari suma-suma tu yang ako rasa ako dah dapat kumpul markah 50%. Apatah lagi 100%. Tapi kalo ada kawan-kawan, sedara-mara yang dah kawen, ako tompang bahagia. Seyes cakap, ako tompang bahagia. Takde dengki-dengki. Ako akan dengki kalo laki ko ada iras Edward Cullen jek.

Walaupun ati ada sedikit sakit tapi ako cuba pikir secara rasional. Logik di sebalik setiap perkara yang ako tak dapat. Contohnya, sambung belajar. Ako tak sambung sebab mak cakap keja dulu, carik pengalaman. Walaupun kadang-kadang macham takmo terima apa yang mak cakap tu sebab berlambak je orang sambung lepas degree, mula lagi rasa tak puas ati.

Tapi dah lama-lama, baru terpikir. Sampai bila nak harapkan mak abah nak tanggung pengajian. Ada loan/scholarship pun, kadang-kadang akan terbabas jugak (ni  kes ako lah ni). Bila dah jadik macham tu, tak ke membebankan diaorang? Mungkin rezeki ako bukan sekarang. Akan datang siapa tahu, kan?

Bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan ada iri ati. Kalo dah tau nak jugak jadik macham orang-orang yang selalu dijaja cheritanya itu, put an effort lah. Rezeki tu suma dari Dia. Takkan nak harapkan semuanya jatuh dari langit, kot?

World doesn’t revolve around you. So move you big arse and start working for what you want to achieve. Stop whining and stop complaining. And stop pretending by playing a so-called-nice-person character when actually you are not even worth to be called as one..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s