bagaikan si buta kehilangan tongkatnya..

Ako lah si buta ituuu~~!!! Cabut dari opis semalam, terus menuju ke Mid Valley kerana niat di hati adalah suci  murni nak gi buat new glasses. Glasses lama memang tak leh pakai sebab power mata dah naik, lagi plak duk rasa pening-pening bila pakai. Masa tunggu giliran kat klinik semalam, memang tak nampak langsung nombor giliran kat screen tu. Rasa sangat-sangat down.

Survey punya survey, suma kedai optical mahal giler babeng punya sampai RM400++ kalo nak tukar lenses jek. Kalo nak amek pakej sekali dengan frame, dalam RM350++ untuk a pair of glasses. Ntah pape je punya mahal, frame pun huduh nak mampos. Makan 3 hari plak tu kalo nak siapkan, ingatkan leh la siap dalam sejam jek. Habis tu, ako nak jadik orang buta ke selama 3 ari nak menantikan siap? Terus kensel nak redeem tiket free GSC for my birthday treat and kensel nak gi tengok Sherlock Holmes lagik skali. Nyampah, memang takkan nampak satu apa pun.

Oh, Dr. Rasool sudah banned ako dari memakai contacts untuk jangka masa 2 minggu. Sebab tu gagahkan diri gi carik glasses baru. Tak berani dah nak pakai contacts selagi mata belum 100% okay. Kang tak pasal kene lecture lagik dengan Dr. Rasool tu.

Maka teruskanlah perjalanan dengan penglihatan yang tak berapa nak clear. Dah give-up dengan kedai optical, haruslah menuju ke Carrefour. Konon-konon nak masak Kari Ikan kat umah sebab perut dah lapar. Beli barang-barang bagai, itu-ini, santan Seri Murni (pastu baru teringat Kari Ikan takyah buh santan pun), ais krim 1.5L Rainbows Paddle Pop Walls (kemaruk nak makan ais krim), terus masuk satu counter ni nak gi bayar sebab tengok tak banyak orang yang beratur.

Skali meenachi counter tu sound ako, “Lain kali tengok dulu kaunter sebelum bayar.” Terus kepala ako automatik lipat 18 tengok kiri kanan. Ceh, EXPRESS COUNTER rupanya. NOT MORE THAN 10 ITEMS. Kerek la ko meenachi, bukan ramai orang pun time ni. Baru kul 12pm. Tapi sebab ako dah salah masuk lane, apologized la kat uncle sebelah yang tengah tunggu turn nak bayor. Tapi uncle tu tak kerek ok, siap cakap “No problem” dengan ako. Ko je yang kerek meenachi. Nyampah ako. Barang ako 16 items je pun.

Mata ako rabun, mana nak nampak..hehe. Tunggu teksi pun satu hal gak. Ako main redah je sebab knowing the fact time tu memang takde orang. In fact, takde orang queue pun kat taxi stand tu. Tapi driver tu ngada giler, bila cakap nak gi ******* Condo, duk “Ha?? Ha?? Mana??” dengan ako. Dah agak-agak tak tahu, siap leh sound “The lady in the line came first.” Pundek tak?? Nasib la pakcik taxi yang kat blakang taxi kerek tu baek.

Segala kejadian adalah disebabkan mata ako yang rabun ni ha.. Pfftttt!!

iZZie speaks:

13 January is Orlando Bloom‘s birthday.. Happy Birthday, HUBBY. Pangggggg…! Orang kachak memang tarikh lahir jatuh pada 13 haribulan, kah?? Birthday chenta hati beta yang terulung pun falls on 13th. No-nooooo!! Sapa kata Mr.K?? Beta maksudkan R-Patz, lah!! Muahahahaha..

sila perhatikan yang berwarna oren sahaja *kelik untuk tumbesaran*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s