matanya lirik-lirik selalu..

Lately, bila bangun pagi je eye wax jadik kaler kuning. Berselepat je keliling mata. Geli, tahu?? Biasanya ni tanda-tanda nak sakit mata. Haih.. mencilah kalo jadik macham ni. Tiap kali kejap nak kene check depan cermin kot-kot ada eye wax yang bertenggek kat mata. Huduh bin selekeh.

Pagi semalam bangun dengan mata yang merah di sebelah kanan. Eye wax berkaler kuning maintain berselaput di seluruh alam, kering. Tengok lagik depan chermin..ah, sungguh merah di bijik mata kanan. Dalam kepala tak hengat menda lain; jumpa doctor kemudian dapat MC. Muahahahaha..eh, haruslah kan?? Takot nanti berjangkit satu opis plak. Tak ke naya??

Nak jumpa doctor, tak leh pakai contacts..kang tak pasal kene marah free jek. Cariklah glasses yang dah berkurun tu. Dah campak ke benua mana pun ako tak tahu. Sebab sebelum pindah tu rasanya ada  je nampak, ni bila nak je takde! Macham biskut daaa. Dengan mata rabun tak pakai contacts, dengan belom mandi, dengan jam dah 7.40am, terhegeh-hegeh selongkar sana sini nak carik glasses. Tak jumpa pun -down. Masuk bilik air, mandi.

Keluar bilik air, carik lagik. Tak jumpa gak. Memang bikin haku hangen menatang ni. Ako jumpa nanti, ako kepak [bukan kepak ayam, tapi kepak yang orang Penang selalu cakap..maksud dia patah. Sebut “k + pak”. Ada paham??]. Takkan ako nak gi keja dengan  mata rabun kot? Ya, ako rabun tahap kronik la jugak. Power mata ni adalah 500, dan 450. Tapi sebab kalo nak beli contacts, kene beli box asing-asing2 and ako sangat cheapskate maka ako beli 500 sahaja dan pakai untuk kedua-dua belah mata yang kemudiannya menyebabkan sebelah mata yang powernya dari 450 jadik 500 jugak. Har har har..padan muka mata ako. Tapi ako tak silau wooo..silau ako = 0 [kosong]. Ako rabun serabun rabunnya sahaja.

Tindakan paling tepat adalah memakai contacts juga seadanya sebab takmo jadik macham orang buta kehilangan tongkat yang jalan meraba-raba sebab memang ako takkan nampak satu menda pun. Blasah je lah. Alang-alang dah pakai contacts, apa kata kita pakai je make-up walaupun akan menyebabkan mata akan bertambah teruk sebab tindakbalas dengan bahan kimia?? Bijak bijak.. kita pakai mascara sahaja, eyeliner kasik puasa dulu arini.

Tapi sangat kuchiwa dengan mascara yang ako pakai skang ni. Ingatkan elok, rupanya berketul-ketul jugak. Dah la comb brush tiru yang Loreal punya. Tapi eyelashes ako tak nampak pun elok, tegak semacam je dengan ketul-ketul taik mascara sana sini. Hancurlah..wooohh rugi duit ako.

Volum' Express Cat Eyes Mascara from Maybelline

Ako tak pernah suka brand ni tapi tak tahu pasai apa ako pi beli jugak. Kalo ako tau macham ni nak jadiknya, tak hingen ako beli. Masa try bukan main lagek.. Tapi silap ako gak kot, pi try dengan eyelashes yang sememangnya dah applied dengan mascara. Dang! Buat masa ni, mascara yang memberikan efek yang menarik, kemas dan tidak comot adalah mascara ini.

DiorShow Iconic Mascara from Christian Dior

Efek chantek, kemas sudah semestinya. Takde ketul-ketul taik macham Maybelline. Sorry la pada sapa yang pakai Maybelline, bukan ako nak condemn tapi memang mascara yang ako pakai tu tak baper nak best ah. Penah pakai Loreal Volume Shocking Mascara tapi ako malas ah nak kena apply yang kaler putih tu dulu. Kalo tak apply betul-betul kang jadik macham orang tua plak dengan eyelashes kaler putih-putih konon uban sampai ke bulu mata.

Loreal Mascara Volume Shocking Black

La..ako nak citer pasal saket mata je. Apasal terbabas pasal mascara plak nih? Mata dah senak balik. Ahhhhhhh..!!! Sebab semalam tak gi jumpa doc pasai takot kena marah, arini baru gi jumpa Dr. Rasool sebab dah jumpa glasses jaman tok kaduk tu. And yes, ako dapat MC 2 hari. Bye bye and sila jeles!!

4 thoughts on “matanya lirik-lirik selalu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s