AJL 24

Semalam Anugerah Juara Lagu 24. Rasanya semuapun tercongok depan tv tengok 14 lagu bertanding. Tapi pesal lah dia buat ari Ahad, eh?? Kan ke susah nak sengkang mata sedangkan esoknya nak kene keje? Buatlah ari Sabtu patutnya, takde la ai rasa ngantuk semacam je pagi ni.

Tapi dalam banyak-banyak artis yang bertanding, rasanya yang paling layak menang adalah kumpulan SEARCH. Gila mantap wokey showmanship dia. Muahahaha.. Search tak bertanding ye?? Kalo dia betul-betullah bertanding, kompom menang punyalah! Gua caya sama lu la! Pheeewwwiiiittttt..!! Dengan seluar ketatnya, dengan rambut sarang tebuan, fashion rock star diaorang yang sah-sah nampak macham pulang ke tahun 90-an. Dasyat..

Idea evolusi industri muzik Malaysia semalam yang bermula dari tahun 60-an, kemudian ke 70-an, 90-an dan seterusnya yang terkini, memang paling best. Dah lah backdrop suma pun dia buat ikut konsep tahun tu, penari pun pakai memang 100% dengan fashion yang sama. Kira kostum diaorang chantek dan mantooop lah! Siap pakai wig bagai. Best best! Cuma tak best bila rancangan tergendala masa Jeffry Din tengah nyanyi lagu Mas Mona. Lama plak kene tunggu tu. Potong betul tengah syok tengok Jeffry Din goyang-goyang kepala.

Rata-rata yang bertanding semalam semua penyanyi baru, eh?? Tapi vokal masing-masing mantap. Persembahan pun hebat. Macham diaorang buat konsert sendiri pun ye jugak. Kalo tahun-tahun lepas suma pakat bawak naik kumpulan koir, tahun ni pakat-pakat bawak naik peminat bagai..extras. Muahahaha..dengan budak sekolahnya, dengan orang loncat-loncatnya. Memang macham konsert dah.

Oh, Abang Superman!! Maintain okeh! Walaupun saket, tetap perform. Katanya Faizal Tahir tak dapat nak buat banyak latihan vokal and persediaan untuk AJL kali ni sebab saket. H-E-L-L-O. Tak buat persediaan pun dapat no.3 okeh! Lain-lain yang menang tu, malas nak komen. Sajak dah la tu sapa yang menang. Aizat dengan konsep 1Malaysia dia masa nyanyi lagu “Kau Pergi”, tak menang memang saja sangat lah.

Dah abis nak komen. Mau pergi berFantasia Bulan Madu di awan biru..tiada yang mengganggu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s