dulu banyak, skang sikit

Sapa yang tak suka makan makanan yang sedap-sedap? Kalo pegi makan kat luar, baik gi makan kat gerai ke, mamak ke, restoran ke, hotel ke..kita bayar dengan duit dan kita harapkan servis dan sajian makanan tu haruslah setimpal dengan harga bayaran yang dikenakan.

Wah, intro mau dasat. Padahal ako nak citer pasal laksam je wehhh. Ako ni sejak tau laksam yang sedap ada jual kat kafe Latif Ibrahim kat opis ako ni, memang jadik macham wajiiiiibbbbal ghunnah ako belik laksam dia pagi-pagi. Hoh, dalam seminggu tu, dalam lah paling kurang ako makan 3 kali kot. Paling kurang okey! Berlemak-lemak pun ako tak heran. Haruslah kumpul lemak di badan, kan? Kalo buat ujian kolesterol ni, mau mencanak-canak naik. Eh, terlajak.

Laksam yang dia jual ni dah buh siap-siap dalam tupperware plastik yang bulat tu. Satu bekas RM3. Oklah, ako tutup sebelah mata. Tapi yang ako nak citer kat sini, dari mula ako beli..sampai sekarang, ako perasan yang makin lama makin kurangggg dia punya isi. Pastu kuah dia memang sah-sah makin menyusut. Ciput giler. Sedangkan masa mula-mula beli dulu, adalah kot dalam 2 bulan lebey macham tu, kuah dia mau sampai penuh tupperware. Skang ni?? Harammmm!

ciput je kan isi dia

kalo dulu, kuah dia sampai penuh tupperware.skang??nan ado!

Bukan nak kata, tapi memang ako nak cakap gak la. Ni lah dia, MELAYU. Kalo dah rasa untung sket, dah rasa laku sket, hage kasik naik. Pastu kualiti and kuantiti makan makin kureennngg. Nak cepat kaya lah katakan. Eh, kalo nak menjual pun bior lah niat tu ikhlas nak kasik orang makan. Bisnes untung, pahala pun dapat.

korang tak rasa ke begitu tempting kalo rupa dia cenggini??

Malam tadi makan kat Subway dengan bebudak umah sebelum tengok movie Avatar. Bukan nak puji ke apa. Tapi macham mana kita tengok gambor sandwich tu dalam menu dia, macam tu la sebijik-sebijol yang akan dihidangkan depan bijik mata kita. Macham ni lah bagus, takde la ako rasa tertipu. Dalam advertisement bukan main lagi, tapi kalo tengok yang betui…indah khabor dari rupa. Ptuuuiihhh.

Roti dia sedap, fresh and crunchy. Sayur segar ada, sayur jeruk pun ada. Kalo rasa perut tu boleh makan banyak, macham ako ni ha..boleh amek sandwich yang one foot long, instead of 6 inches. Tapi semalam amek one foot long pastu kerat dua, share dengan Pah Bedah. Tapi Pah Bedah dengan sandwich yang sekerat tu pun kembang kuncup nak boleh habiskan. Memang tak abes pun.

pi google sendiri menu dia

Pegi sendiri and try okay! Tak cuba tak tahu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s