asal menggedix je, ada Jas..asal gedix je, musti Jas..

Tapi ai tak pernaaaahhhhhhhhh gedix. Cuma Jas seorang sahaja. Ai cuma TEMAN menggedix..muahahaahaha. (Macham ada potensi nak kene tunjal kepala dengan dak Jas pas ni.. eheheh ai lap u, babe!)

Malas nak citer panjang..cuma nak korang tengok apa yang ai dah buat dengan dak Jas semalam. Eheh, dating dengan dak Jas adalah ad-hoc, surprise lah katakan. Sorry sangat dak Ciwa..tapi kalo ko ada semalam, musti ko akan tepuk dahi kitaorang sorang-sorang.

.

Dinner at Kenny Rogers Roasters

Haruslah dak Jas belanja ai memandangkan ai adalah orang yang dirai. Dan oleh kerana otak ai adalah sangat bernas, ai suggested to dak Jas makan quater meal, and belanja ai quater meal gak. Pastu ai ada kupon free yang Jusco bagi as a birthday gift, so leh redeem lagi satu quater meal. Bijak, bukan??

Padahal baru je Sabtu lepas Pah Bedah belanja ai kat Kenny Rogers. Ada haku kesah???

ako & dak jas

Tapi waiters/waitresses kat restaurant tu memang ai rasa sangat berbulu kot dengan kitaorang. Dah la masuk-masuk je duk gelak-gelak macham pontianak, pastu order makan tak hengat.

Bila ai dah abis order untuk 3 quater meals.. dah waiter tu tanya macam ni..

Waiter 1: Cukup ke?? (Senyum-senyum)

Siot.

before

after

Bila sorang waitress ni antor meals kitaorang.. dia cakap macham ni..

Waitress 2: Ni nak makan semua ke, or nak bungkus satu??

Eh, dik.. memang kitaorang nak makan tiga pinggan skali lah.

before

after

Bila ai tolak pinggan pertama, and amek pinggan yang ketiga (pinggan kedua haruslah dak Jas punya..), ai dengar sore ni berbunyi kat tepi ai..

Waiter 3: Dah abis ke pinggan tu??

Hek??

before

after

Korang tengok.. sapa cakap kitaorang tak leh abis makan suma tu?? Tak membazir tau! Semua pun liciiiiinnnnnnnnnnn!!

dak jas

sumpah ako tak de niat nak menggedix, jas!!

ingat nak minum sambil silang tangan..over tau!!

eheh

.

Movie at GSC Mid Valley

Baru semalam konon-konon dah pasrah nak download je kat Torrent..skali hamek ko, ai gi tengok New Moon!! Ai gi tengok New Moon lepas dah berbulan masuk panggung wehhhhhh! Giler loser!

Tapi ayat cover tak nak nampak macham ketinggalan sangat, ai tanya movie for Sherlock Holmes dulu. Knowing that screening yang pukul 7pm punya memang dah selling fast, saje ja nak tanya lagek. Tinggal yang row depan je pun, sapa nak??

Owh, memang ai bertahan takmo baca review New Moon selama ni..tapi tak buleh tak, tetap tak dapat nak elak dari knowing the fact that movie dia memang kuciwa abis. Nak buat macham mana, even Harry Potter pun sah-sah tak sama macham dalam buku, ni kan pulak Twilight Saga? Apa korang expect weh, buku haruslah impact dia lain bila ko baca. Feel dia lebey woooo..

Tapi sebab ai memang dah chenta sama itu Edward, dan mau tengok dia gerak-gerak in real life (Konon!! Padahal ko nak tengok R-Patz sama, kan?) maka suma menda yang negative tu ai tolak ke tepi. Mau feeling-feeling chenta saja, bukan mau kritik itu filem.

Dan seperti yang sudah sedia maklum, ai jadik sasau dalam itu movie theater. Asal kuar je kelibat Edward, ai naik sasau. Edward senyum je, ai naik meroyan. Edward proposed Bella je..trus ai jawab sepantas kilat

“I DO!!!”

Sengal! Musti bro kat sebelah tu menyampah giler dengan perempuan giler pakai baju putih yang duduk sebelah dia semalam. Tapi nasib baek pompuan tu wangi..har har har.

gwe chenta banget sama lho! I do!! I do!! I do-uu-uuuuu!!!!!!!

.

Book hunting at MPH

Nak carik Kasih Yang Suci untuk my dear Kausar in Penang. Eheh, mau feeling dengan Seth Tan. Jumpa, pastu ai pun cucuk jarum suh dak Jas beli gak. Citer dia best wooo..sebelom tau kewujudan Edward, Seth Tan ni lah lelaki paling romatis  bagi ai.

Lepas tu pusing lagek. Saje je pegi kat section Twilight Saga. Pastu sasau lagek tengok buku-buku dia suma. Ni lah yang palingggg ai malas sekali. Keingingan untuk memiliki tuh memang sangat kuat. Dah angkat itu buku, kemudian letak balik..angkat, letak balik.

Dak Jas dengan yakinnya kata, tunggu je lah sampai harga dia turun lagek. Masa tu baru belik. Haa…kan ke bernas otak dak Jas ni. Ai tunggu je lah sampai turun 10 hengget, leh??

Masa nak bayar novel tu, kakak counter beramas-mesra plak..

Kakak Counter: Beli yang sama (Kasih Yang Suci)??
Dak Jas: Umah lain-lain.
Kakak Counter: Beli lah novel yang lain-lain (berbeza-beza). Nanti leh pinjam.
Ai: ….

Haih..tatawu nak kata apa lagek dah…

And lastly sebelum dak Jas balik UKM, yang masa tu dah dekat kul 10pm..dak Jas kasik ai menda ni as a birthday present.

.

.

.

.

.

.

.

Twilight Saga: New Moon

Memang dia saja wat ai terharu pastu terus tepon dia cakap dah sampai umah, pastu bagitau dah bukak adiah and sangat sukakan adiah tu sampai rasa terharu yang amat sangat dengan air mata yang sibuk nak merembes keluar bersama-sama.

Pandai ko eh Jas!! Suh tunggu sampai turun harge lah..apalah. Rupanya ko dah baekkkk punya balut itu buku dalam wrapping paper kemudian dah tulis note bagai yang memang ai touching abes. Haihhhh… what a wonderful evening..

ko kasik ako terharu, tahu??

Thank you, babe!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s