Memories of Bali [day 2]

Buenas, todos! Kita sambung cherita dengan pengembaraan pada hari ke-2 beta di Bali. Sudah jemu?? Sila kelik kotak pangkah. Tiada paksaan. Sekian, terima kasih.

WARNING!! Entry ini sangat-sangat-sangat sarat dengan gambor dan panjang berjela-jela. Ada berani??

Hari kedua adalah hari yang amat panjang di Bali. Kita mulakan dengan cherita bersarapan. Sarapan pagi adalah di Hotel Hard Rock. Bangun pagi baru dapat tengok suasana sebenar dan pemandangan indah sekililing hotel.

Sarapan adalah seperti biasa, seperti mana-mana hotel juga adanya. Cuma yang lain dari kebiasaan adalah pemandangan indah dari meja makan.

Hard Rock Cafe cuma dipisahkan oleh swimming pool

swimming pool dari kejauhan

yg sebenarnya tak jauh pun

tourist information counter

Lepas sarapan, bersiap sedia untuk tour ke Tanah Lot. Pak Gusdi datang tepat jam 10am dan menjemput kami di hotel. Terus dibawanya ke Tanah Lot. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam.

Sepanjang perjalan, dapat dilihat para petani gigih menanam padi. Pemandangan yang saujana mata memandang. Tapi, mata tak terlepas pandang dari melihatkan signboard ini yang begitu banyak sekali di tepi-tepi jalan..

babi guling di mana-mana

Jangan terkejut! Hampir 90% penduduk di Bali beragama Hindu, ya! Jadi ini adalah perkara normal. Makan juga perlu hati-hati. Kang tak pasal makan babi.

Sampai di Tanah Lot memang tengah cun panas terik tepat terpacak kat tengah kepala. Jadi, kita perlu beli topi dahulu. Topi yang dipakai ini cuma berharga IDR 30k. Hasil rajut (kait) dengan benang. I LOIKE.

I heart it so much!

Menurut Pak Gusdi, Tanah Lot bermaksud Tanah = Bumi dan Lot = Laut. Tanah Lot adalah gabungan kedua-duanya. Kuil yang terletak di tengah laut itu akan kelihatan seolah-oleh terapung apabila air laut pasang.

patung bersarung dapat dilihat di setiap pelusuk Bali

berlangsung suatu ritual keagamaan

kuil di tengah laut

yg dikelilingi air laut

di penghujung tanjung

Tanah Lot

budak baju merah tu jual souvenirs, asek ngekor je..rimas!

me, Kak Tinie & Kak Nor

dengan Kak Nor

(^_^)v

Kalo nak beli shopping, kat Tanah Lot terdapat banyak sangat kedai-kedai yang jual souvenirs. Kedai Polo Ralph Lauren pun ada. Tapi harga standard la..mahal.

deretan kedai

jual macham-macham

berpeluh ai

piss?? big piss??

Lepas satu jam kat Tanah Lot, beta kemudiannya dibawa ke Sukawati untuk shopping. Kalo ikutkan, kat mana-mana pegi pun ada je tempat untuk shopping. Dari Tanah Lot mengambil masa 1 jam.

kedai-kedai

di Sukawati

Penat separuh ari berjalan tengah panas, adalah masa yang paling sesuai untuk memanjakan diri di spaaaaaaaaaa!!! 2 hours of body spa di Sari Segara di Jimbaran.

Sari Segara Resort

ke lobby villa

fountain

pintu masuk ke spa

Satu jam pertama dimulakan dengan urutan badan. Dari kepala hingga ke kaki. Manakala jam kedua pulak adalah dikhususkan untuk mandi lulur.

bahan-bahan untuk lulur

Mulanya disapukan ke seluruh badan dengan garam mandian, kemudiannya dibiarkan. Lalu dibersihkan sebelum disapukan pulak dengan seaweed. Hasilnya?? Kulit jadik sangat lembut dan licin!! Harga untuk 2 hours of this body spa?? RM65 only!!

bed for two

bath tub, untuk mandi di akhir sekali

ni sinki nak basuh tangan

teh dihidangkan di akhir sesi

by the pool side lagek

by the pool side lagekkk

Usai sesi memanjakan diri, Kak Nor & Kak Tinie terus tinggal di Jimbaran untuk dinner. Juga katanya mau melihat sunset di Jimbaran. Mr.K dan beta meminta diri untuk dihantar ke area hotel untuk aktiviti sendiri (Mr.K dah takmo makan seafood -allergic!).

Cara terbaek untuk berjalan-jalan di Bali adalah dengan naek motor. Kebetulan hari Ahad adalah hari liburan untuk penduduk tempatan, tempat-tempat di Bali khususnya di pantai-pantai (pantai Hard Rock) adalah sangat padat! Kereta/APV-out! Kereta Kuda-out! Motor-in!!

scooter Honda kaler merah

plate number panjang sunggo

Kuatro, with the "K" and not the "Q"

Untuk sehari, sewanya adalah IDR 50k atau kurang lebeynya adalah RM20. Isi minyak tidak susah sebab ada aja yang menjual petrol. Harga?? Untuk 2 botol, IDR 5k atau kurang lebeynya RM2.

petrol dijual macham ni jek

Baek, skang kita boleh tengok gambor-gambor yang diambil masa tengah ronda-ronda atas motor di kawasan Kuta dan Legian.

Hotel Ramayana

deretan kedai-kedai di Kuta

Polo, D&G, suma ada

antara tempat yang banyak orang lepak

CIMB pun ada!!

Hard Rock Cafe

entah hotel mana ako snap gambor ni tah

kedai di sekitar Legian

Tiba masa dinner.. Mr.K mengeluarkan sesuatu dari mulutnya yang memang beta tunggu-tunggu sangat, “Let’s have dinner in Hard Rock Cafe”. Bagaikan mengantuk disorongkan bantal, beta jadik burung belatuk sahaja lagaknya pabila mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju.

from the beatles

the stage

the wall

the giant guitar by the bar

oh yess i know..i am so boolat

Very warm service. Friendly waiters and waitressess. Mr.K even asked from one of the waiters about the football match between Manchester United, and the other game.. Arsenal -his team. When those two guys talked about football, they were like known each other for years. Just couldn’t accept when they condemning my ITALIA team for World Cup. Haissshhhh!

his dinner

my dinner

tak abes, kena tapau laaaa..

How was the food??? Marvellous! We received 15% off since we were in-house guest in Hard Rock. Thanks to Mr.K for the nice dinner, as he promised to take me to Hard Rock Cafe back then in Penang, just that now we were in Bali. Eh? Apasal tulis dalam English plak?? Baek..bertukar sekarang!

Lepas dinner, balik kejap for freshen-up. Kemudian sambung jalan-jalan dengan motor. Mr.K bawak ke tempat tugu peringatan di mana berlakunya pengeboman di Kuta, Bali pada 12 Oktober 2002.

monumen peringatan pengeboman di Kuta, Bali 12 Oktober 2002

at the surfing board

at the lobby with the live band

all is one

Kemudian, apa lagik?? Haruslah tengok night life di Bali!! Muahahahahaha.. tengok jek, masa lalu kat kaki-kaki lima. Dah malam, balik tido. Penat seharian berjalan.

.

End of day two..

2 thoughts on “Memories of Bali [day 2]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s